Posts

Showing posts from October, 2020

Doa Seorang Aku

Image
Lelah kutangguhkan selama pasti,  sembunyi di dahan waktu. Jika mungkin suatu hari, bahagianku di sana menanti.   

Resipi Pasta Ikan Tuna

Image
Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi resipi mudah yang kita boleh masak sambil pejam mata (not!).. ye lah daripada asyik masak maggi je dari zaman muda sampai ke remaja purba, kita tingkatkan la prestasi pulak. It's about time, don't you think?  Kalau korang tak suka tuna sekalipun, nescaya akan menyukai pasta yang dimasak menggunakan ikan tuna dalam tin ini, percayalah!  Tapi kalau takde bekalan ataupun rasa payah nak cari benda alah ni zaman-zaman covid19 ni, boleh gunakan leftover ikan tongkol masak sambal yang korang masak masa lunch. Senang cerita kalau korang plan siap-siap hujung minggu:  tengahari masak sambal ikan tongkol dulu, malam boleh gunakan untuk buat pasta pulak. Tukar je la bahan yang aku senaraikan kat bawah dari ikan tuna dalam tin kepada ikan tongkol masak sambal. Ataupun gini: korang try buat dua-dua cara tu, selang seminggu tengok mana satu yang lagi menarik tertarik kebaboom. Selamat mencuba! Bahan2nya: 2 tin ikan tuna, dilenyek separuh hancur 5

Inner Silang Bertali, Fesyen Silih Berganti

Image
Assalamu'alaikum. Ini entry kedua tentang inner silang bertali, sebabnya memang aku beli hari yang sama dari dua kedai yang berbeza dan sampai pun hari lain-lain. Alang-alang buat review yang ada gambar dan video demi 5 points kat Shopee,  boleh kongsi kat sini jugak, kan ke sambil menyelam minum air namanya?  Fabrik produk inner silang yang ini adalah lycra, saja ambik lain daripada yang satu lagi, cotton.. biar ada alternatif dan senang nak buat perbandingan. Bagi aku dua-dua inner silang yang aku beli ni sejuk dan selesa dipakai, kualiti kain sangat bagus dan jahitannya pun kemas. Seronok tengok masa mula-mula dapat parcel, 1st impression pun dah memikat hati, jiwaku sudah terpaut! Kalau ikutkan description ada tulis cotton lycra, tak berapa arif tentang jenis cotton ni.. ingatkan cotton dan lycra dua perkara berbeza. Ataupun mungkin sebab ada campur dua fabrik, eh takpe je kan, asalkan selesa dipakai sudah la, kan? Comelnya lahai model ni, cubit jugak pipi tu karang! Rasanya cu

WW ~ Kental

Image
 #lessonslearned  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Sampai Teleng Kepala, Yang!

Image
Assalamu'alaikum. Kalau kita buat review produk kat Shopee letak gambar walaupun sekeping, akan dapat 3 mata ganjaran, tapi kalau upload 1 video, kita akan dapat 5 mata ganjaran. Jadi kebanyakan masanya aku akan ambik masa untuk pastikan ada 1 video dan 1 gambar sebaik saja pesanan diterima di depan pintu pagar. Tak payah la beriya pun, asal menepati syarat kelayakan minimum, dah boleh upload kat ruangan review.  Macam hari ni aku dah siap pakai shawl dgn inner berdagu warna pink (magenta ke fuschia pun tak pasti), tapi bila sampai inner silang yang aku order, sanggup bukak balik dan tukar inner baru. Bawak kereta pergi selesaikan kerja di dua tempat, sementara tunggu lampu traffic light berwarna hijau, sempat la aku upload dan prepare komentar secukup rasa. Bukan susah sangat, kita sama-sama support business orang lain, mudah2an ada bahagian kita nanti kemudian hari.  Selesa betul inner silang ni, kain cotton nya lembut dan sejuk dipakai. Kalau boleh jangan basuh guna mesin, nanti

Pada Teduh Kasih-Mu

Image
Assalamu'alaikum. Orang cari makan kais pagi tengahari petang malam repeat macam aku ni takde pendapatan tetap, bukan macam orang makan gaji. Kebanyakan masanya memang tak seimbang dengan tanggungjawab material yang tergalas di bahu nan rapuh ini. Jauh di sudut hati selalu berdoa untuk mampu membayar zakat, agar rezeki dan pendapatan bebas dari noda. Aku percaya pada kuasa doa, itulah pun asbab aku masih gagahkan kaki melangkah, meskipun sering lelah dan rebah tersadung beban yang memberat.  Aku pernah berdoa: Ya Allah, izinkanlah aku bertamu di rumah-Mu, membawa bonda yang lama menunggu. Maka dengan itu, Kau murahkanlah rezekiku Ya Rabb, agar aku mampu bertamu ke sana dan mampir di makam Rasul-Mu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya yang resah gelisah, menagih simpati. Lambat atau cepat, doa kita akan dimakbulkan. Akhirnya panggilan Baitullah datang padaku, syukur Alhamdulillah... tercapai impian bonda untuk iktiqaf di Masjid Nabawi menunggu waktu solat

Antara Mask & Niqab Lofa

Image
Assalamualaikum. Tahu tak apa yang paling susah bagi seorang wanita nak buat? Jawapannya ialah menyorokkan kecantikan yang ada pada dirinya. Contoh, kalau rambut dia lawa dari jauh dah jatuh cinta orang nampak, memang berjihad untuk dia pakai tudung. Pakai tak pakai, bila dah botak ataupun beruban jenuh nak cari rambut palsu bagai.  Contoh lagi, kalau bentuk badan dia lekuk sana lekuk sini, potongan memang ideal idaman dan igauan ramai, hampir pasti dia memilih untuk mempamerkan kelebihan yang ada. Ataupun kulit dia mulus tulus putih melepak, ingat senang ke dia nak sorok lengan dan kaki? Zaman remaja dulu aku pernah terbaca tentang Tina Turner dalam majalah hiburan apa entah dah lupa. Intipati liputan dipendekkan ceritanya berkisar tentang kaki Permaisuri Rock Lagenda itu: "Once you told a woman that her legs are gorgeous, she's going to show them off well till the end of time", macam tu la lebih kurang rumusannya. Mau taknya, dah jadi nenek pun dia masih tetap pakai dre

Aglio OliĆ² Daging Padprik

Image
Assalamu'alaikum. Sejak kebelakangan ni aku ada gang nak makan pasta, kalau dulu sorang-sorang je. Anak aku dengan daddy dia tak suka pasta ataupun apa-apa makanan Itali kecuali pizza. Bila pakwe dah jadi suka pulak, maka takkan nak persiakan kesempatan depan mata, betul tak? Petang tadi aku lambat sikit balik rumah, kena jumpa dua orang back to back kat port biasa aku: Starbucks.  Aku rasa penat sangat sebenarnya, mungkin sebab pagi-pagi tadi aku buang tebiat pergi cabut rumput dan lalang dalam setiap pasu bunga yang bibik jaga. Lepas tu, aku sapu satu lantai dan ketepikan sampah sarap kat tepi, sebelum turun siapkan breakfast pakwe. Lunch aku mintak bibik masak daging padprik ikut resepi yang aku forward kat wassap dia, tapi bibik tak tau mana letak handphone, end up dia dah masak ikut resipi yang dia google guna handphone bonda. Sorry to say, tak jadi. Aku makan jugak la alas perut, tapi tak sempat nak telan elok-elok, dihambat waktu nak solat zuhur dan berkejar jumpa client yan

10/10 Nan Indah

Image
Assalamu'alaikum. Trend zaman sekarang ni, portal e-bisnes akan berlumba-lumba buat diskaun hebat tiapkali ada tarikh-tarikh cantik. 8/8, 9/9, 10/10, 11/11 ataupun 12/12. Sebenarnya saje je dorang mainkan sentimen budaya ikut-ikutan, sesuai dengan fenomena media sosial yang makin hari makin berpenyakit. Ada bagusnya, selagi kita bijak memilih dan menggunapakai kuasa membeli berdasarkan keperluan, bukannya kehendak. Tarikh-tarikh cantik dalam hidup aku kebetulannya adalah 9/9 (birthday anakanda) dan 10/10 (birthday bonda).. kedua2nya aku tak pernah ambik port nak sibukkan diri sertai jualan-jualan yang kononnya hebat itu.  Tahun ni bonda ada special request: nak makan sate peberet dia yang aku selalu order kat grab food: Warisan Sate Capital dan kek peberet dia selama ni: Secret Recipe Chocolate Indulgence. No less, okay! Straight forward, on point, anak menantu semua kena hadir, dan mintak izin nak perabis duit tabung percutian family untuk bayar dua menu itu tadi. Tak pernah dia m

Look for Less

Image
Assalamu'alaikum. Baru-baru ni aku singgah order pizza lepas ambik anak balik sekolah, dia mintak nak makan pizza bungkus bawak balik rumah. Sementara tunggu order siap, kami masuk Mr. DIY sebab 1) aku nak cari adapter untuk charging port; dan 2) anak nak beli pen. Anda percaya ke dua benda tu aje yang akan dibeli? Mestilah tak, tak perlu penakkulan minda bagai nak jawab soalan tu, makanya siapkan ongkos aje ler! Tengok mummy beli botol air baru, dia pun nak baru, tengok mummy beli payung lipat, dia pun nak satu. Haa.. layankan aje!  Lagipun dia selalu sabar melayan karenah mummy yang kuat bergambar.  Nak dijadikan cerita, terjumpa la pulak spek hitam yang kerlas ko maria punya lawa, ko rasa? Mestilah aku beli, gila tak terpikat dengan harga yang murah sedemikian rupa? Sekali pakai, masuk helok dengan tudung tompok-tompok rimau aku!  Aku ambik keputusan tak kasi anak pergi sekolah lepas tu, risau tengok kes covid19 yang naik mencanak-canak, biarlah duk rumah dulu buat homework. Sem

In The Armour

Image
Assalamu'alaikum.  Outfit is just like an armour, in which we take a shield from our own worst enemy. It could be fear, insecurity, lack of confidence, to name a few. That's something I learned recently from watching a Korean drama series, "It's Okay To Not Be Okay", which erupted various kinds of emotions and left me drained for quite some time.  I have aways been drawn to psychological approach since I first knew of it when I went to the IIUM Matriculation Centre donkey years ago. There I began to  dig into my deepest sorrows, learned to make peace with them and oh my, what a winding journey it was! I started to see things differently, view them from as many dimensions possible, from the sky above and the earth below, left right centre. I learned to forgive myself and not to beat myself up too much, which I keep learning up to date. I cried a river, flew to the moon, crashed into the ocean, hid in the cave, repeat. I struggled to say no and fumbled to say yes to

Kicapkan Tanganmu

Image
Assalamu'alaikum. Siapa pernah terkena air panas mendidih kecepuk kebaboom atas tangan je yang tau sakitnya tu di mana. Bukan di tempat yang terkena air panas semata-mata, sakit jiwa pun termasuk dalam pakej sekali, hokeh? Pantang nombor satu bila terlibat dalam eksiden sedemikian adalah JANGAN PANIK. Nombor dua, JANGAN CARI AIR, weh.. meletup berbintit-bintit jadi bebola air tangan nanti! Dulu masa zaman universiti, aku pernah join camping, jenuh meredah hutan tebal jauh ke dalam dari Pantai Teluk Batik. Masa tu belum jadi tumpuan pengunjung, kira macam kami ganggu privasi makhluk yang mendiami kawasan tu la, lebih kurang. Ada sorang senior terkena minyak panas, punyalah panik, sambil berlari, menjerit dan memegang tangan yang terkena minyak panas tu dia meluru pergi rendam tangan dalam air sungai. Ko rasa apa jadi? Bebola air, of course! Nombor tiga, JANGAN MENCARUT. šŸ¤­ (errrk.. yang ni nombor negatif 1 kot). Tak payah nombor la, ya?    Arghh.. nampak gambar tu terasa sakit, kan?

Misi Mencari Selain Kasut But

Image
Assalamu'alaikum. Korang suka pakai kasut style macamana? Aku suka boots, even seluar panjang pun aku suka boot cut. Banyak-banyak warna kasut, sandal ataupun selipar sekalipun, aku paling tak gemar warna hitam.. tak tau la kenapa. Tinggal lagi, dress code kerja aku mewajibkan kasut berwarna hitam, lalu apalah pilihan yang aku ada selain mematuhi peraturan itu, kan?  Minggu lepas, aku pergi cari kasut hitam yang lari dari konsep boots sebaik saja selesai kerja di Putrajaya. Jangan terpedaya dengan beg kertas Parkson yang aku pegang, itu semua ilusi optik semata-mata, demi menyahut kempen 'Everyday No Plastic Bags'. Benarlah kata pepatah omputih, 'Don't Judge A Book By Its Cover', apa yang kita lihat dengan pandangan majazi belum tentu itu adalah hakikat yang sebenarnya. Walaupun aku kelihatan membimbit beg kertas Parkson, tak semestinya aku berada di Parkson. Pernah ada ketikanya aku bimbit beg kertas designer handbags tersohor, padahal balun bawak pergi shoppin

Di Sebalik Kacamata

Image
Assalamu'alaikum. Aku rabun sejak Darjah 6, kecik-kecik dah pakai spek sampailah sekarang. Tapi sejak masuk umur 35 ke atas, power spek aku menurun setiap dua tahun sekali, pelik kan? Nak tukar spek baru makan ribu raban, ekonomi zaman sebelum PKP dulu takde hal sangat. Sekarang? Urghh... naik biul kepala fikir nak ketepikan bajet yang mana dulu. Akhirnya aku buat keputusan, pergi check mata dan dapatkan contact lenses yang sesuai dipakai hari-hari sementara stok masih ada. Memandangkan tahap silau mata kanan dan kiri aku ni tak sama, maka kekdohnya kena la ambik 2 kotak dengan power yang berbeza. Dalam 1 kotak ada isi 3 biji lensa, jadi 2 kotak dapatlah 3 pasang untuk dipakai sepasang setiap bulan. Kedai Optik si Alice dan pembantunya Farah kasi aku free sepasang, maknanya aku ada masa 4 bulan nak guna 4 pasang Air Optix tinted soft contact lenses. Bajetnya RM230 untuk 4 bulan, jauh lebih mampu milik buat masa sekarang berbanding dekat RM2k kos sepasang spek yang tahan 2 tahun. Ke