Di Sebalik Kacamata

Assalamu'alaikum. Aku rabun sejak Darjah 6, kecik-kecik dah pakai spek sampailah sekarang. Tapi sejak masuk umur 35 ke atas, power spek aku menurun setiap dua tahun sekali, pelik kan? Nak tukar spek baru makan ribu raban, ekonomi zaman sebelum PKP dulu takde hal sangat. Sekarang? Urghh... naik biul kepala fikir nak ketepikan bajet yang mana dulu. Akhirnya aku buat keputusan, pergi check mata dan dapatkan contact lenses yang sesuai dipakai hari-hari sementara stok masih ada. Memandangkan tahap silau mata kanan dan kiri aku ni tak sama, maka kekdohnya kena la ambik 2 kotak dengan power yang berbeza. Dalam 1 kotak ada isi 3 biji lensa, jadi 2 kotak dapatlah 3 pasang untuk dipakai sepasang setiap bulan. Kedai Optik si Alice dan pembantunya Farah kasi aku free sepasang, maknanya aku ada masa 4 bulan nak guna 4 pasang Air Optix tinted soft contact lenses. Bajetnya RM230 untuk 4 bulan, jauh lebih mampu milik buat masa sekarang berbanding dekat RM2k kos sepasang spek yang tahan 2 tahun. Kena jugak buat akhirnya, cuma at least sempat la aku uruskan apa yang patut. Pakai spek terlebih power sama jugak peningkan kepala otak dengan spek kurang power. Itupun aku cukup bersyukur sebab belum kena rabun dekat, tapi takpe kot kalu kena.. kat Daiso ada jual reading glasses 5 henggit, kat Eko lagi murah, RM2.10 je! 


Aku ni kolagen bawah mata memang hollow, biasalah banyak sejarah medikal yang menyebabkannya, malas nak cerita kat sini. Bila bukak spek, maka jelas nyata terang lagi bersuluh kesan tinggalan sejarah itu. Kalau dulu lagi jelas nyata, sekarang dah elok sikit sejak pakai skincare Olay 7 in One Total Effects, alhamdulillah. Kalau eyebags boleh jugak tepek timun hari-hari, ini kolagen dah lompong kat bawah mata, lain cerita dia. Nak buat treatment bukan satu alternatif yang masuk dalam kamus hidup aku sekarang, takpe la umur pun dah 45 tahun depan, bukan makin muda pun... 


Bila dah pakai contact lenses, memang kena guna spek hitam tanpa power, dah pulak matahari tegak atas ubun-ubun sebelum langit melimpahkan titis-titis hujan pada sebelah petang. Masa ni la boleh melaram dengan macam-macam jenis shades yang banyak di pasaran. Dulu terbatas takat mana yang ditempah dengan power, balik-balik yang itu jugak digayakan. Sekarang, beli yang murah-murah pun takde hal, dapat yang 400 UV cukup dah... 


Aku ada dalam koleksi sepasang Ray Ban aviator warna merah, itu je sepasang duk simpan bertahun-tahun lamanya. Kalau jumpa yang berkenan kat Daiso ataupun Eko lepas ni boleh la aku rembat masuk dalam bakul, beli 10 pasang pun apa ada hal? Baru berapa ringgit...


Susah-susah sangat, aku ambik je Ray Ban pakwe yang beratur dalam almari.. biarlah maskulin pun, ada aku kisah? Yang penting, boleh cover mata daripada panahan terik mentari saban hari. Jangan terkena panahan arjuna sakti cinta Romeo sudah ler! Tiber...

~ Nai at Tak Pe Je.



 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan