Inner Silang Bertali, Fesyen Silih Berganti
Assalamu'alaikum. Ini entry kedua tentang inner silang bertali, sebabnya memang aku beli hari yang sama dari dua kedai yang berbeza dan sampai pun hari lain-lain. Alang-alang buat review yang ada gambar dan video demi 5 points kat Shopee, boleh kongsi kat sini jugak, kan ke sambil menyelam minum air namanya?
Fabrik produk inner silang yang ini adalah lycra, saja ambik lain daripada yang satu lagi, cotton.. biar ada alternatif dan senang nak buat perbandingan. Bagi aku dua-dua inner silang yang aku beli ni sejuk dan selesa dipakai, kualiti kain sangat bagus dan jahitannya pun kemas. Seronok tengok masa mula-mula dapat parcel, 1st impression pun dah memikat hati, jiwaku sudah terpaut!
Kalau ikutkan description ada tulis cotton lycra, tak berapa arif tentang jenis cotton ni.. ingatkan cotton dan lycra dua perkara berbeza. Ataupun mungkin sebab ada campur dua fabrik, eh takpe je kan, asalkan selesa dipakai sudah la, kan? Comelnya lahai model ni, cubit jugak pipi tu karang!
Rasanya cukup dah koleksi inner silang buat masa ni, dah pulak PKPB datang lagi, adeh dugaan sungguh tahun 2020 ni! Beli beriya nak ganti koleksi lama, senang nak bergerak ke sana ke mari dan selesa pakai inner baru, sekarang kena rehatkan dulu dalam almari. Takde rosak pun kalau simpan dulu, boleh je buat pakai keluar beli barang rumah, melawa terlebih apa salahnya kan?
Jaga diri hiasi peribadi, sabarlah ya menghadapi dugaan yang silih berganti. Jumpa nanti, Assalamu'alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment