Sampai Teleng Kepala, Yang!

Assalamu'alaikum. Kalau kita buat review produk kat Shopee letak gambar walaupun sekeping, akan dapat 3 mata ganjaran, tapi kalau upload 1 video, kita akan dapat 5 mata ganjaran. Jadi kebanyakan masanya aku akan ambik masa untuk pastikan ada 1 video dan 1 gambar sebaik saja pesanan diterima di depan pintu pagar. Tak payah la beriya pun, asal menepati syarat kelayakan minimum, dah boleh upload kat ruangan review. 


Macam hari ni aku dah siap pakai shawl dgn inner berdagu warna pink (magenta ke fuschia pun tak pasti), tapi bila sampai inner silang yang aku order, sanggup bukak balik dan tukar inner baru. Bawak kereta pergi selesaikan kerja di dua tempat, sementara tunggu lampu traffic light berwarna hijau, sempat la aku upload dan prepare komentar secukup rasa. Bukan susah sangat, kita sama-sama support business orang lain, mudah2an ada bahagian kita nanti kemudian hari. 


Selesa betul inner silang ni, kain cotton nya lembut dan sejuk dipakai. Kalau boleh jangan basuh guna mesin, nanti cepat berkedut seribu dan mudah pulak reput. Aku sekarang pakaian-pakaian bahagian dalaman termasuk inner, stoking tangan, stoking kaki dan yang lebih intimate semua aku basuh sendiri, jemur dan lipat juga sendiri. Dengan itu barulah lebih awet dan tak tertukar lain sebelah ataupun termasuk almari orang lain. 


Sekarang aku ada 3 helai inner silang baru, jenis serkup dan bertali. Kalaupun nanti jadi kurang elastik, masih ada tali untuk merapikannya. Inner serkup penuh sebegini sebenarnya lebih sesuai untuk aku sebab kalaupun inner ninja berdagu mahupun tidak, sudahnya aku buat style serkup jugak. Sebab utamanya adalah aku pakai shawl dan tudung instant memang letak bawah dagu. Rimas nanti dua layer kat bahagian dagu, jenuh nak bernafas tengah-tengah panas. Dah alang-alang puas hati dengan kualiti dan fabrik inner silang ni, maka tak hairanlah kalau aku akan beli lagi dan lagi, sementara stok masih ada. 

~ Nai @ Tak Pe Je.







 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan