Resipi Pasta Ikan Tuna

Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi resipi mudah yang kita boleh masak sambil pejam mata (not!).. ye lah daripada asyik masak maggi je dari zaman muda sampai ke remaja purba, kita tingkatkan la prestasi pulak. It's about time, don't you think? 


Kalau korang tak suka tuna sekalipun, nescaya akan menyukai pasta yang dimasak menggunakan ikan tuna dalam tin ini, percayalah! 


Tapi kalau takde bekalan ataupun rasa payah nak cari benda alah ni zaman-zaman covid19 ni, boleh gunakan leftover ikan tongkol masak sambal yang korang masak masa lunch. Senang cerita kalau korang plan siap-siap hujung minggu:  tengahari masak sambal ikan tongkol dulu, malam boleh gunakan untuk buat pasta pulak. Tukar je la bahan yang aku senaraikan kat bawah dari ikan tuna dalam tin kepada ikan tongkol masak sambal. Ataupun gini: korang try buat dua-dua cara tu, selang seminggu tengok mana satu yang lagi menarik tertarik kebaboom. Selamat mencuba!


Bahan2nya:

2 tin ikan tuna, dilenyek separuh hancur
5 ulas bawang putih, dihiris halus 
4 tangkai cili kering, direndam dgn air panas, perah dan hiris
Pasta, rebus dan toskan
Daun bawang, dipotong halus
Chili flakes 
Serbuk lada hitam
Sos ikan
Sos tiram
Minyak zaitun
Garam, gula secukup rasa

Cara2nya:

1- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili kering, diikuti serpihan ikan tuna, serbuk lada hitam dan chili flakes.

2- Masukkan sos ikan, sos tiram dan 1 mug air rebusan pasta.

3- Sebaik sahaja pasta sudah empuk, masukkan ke dalam kuali, kacau rata.

4- Masukkan daun bawang, garam dan gula secukup rasa.

5- Tabur chili flakes lagi sesuai citarasa. 

Makan panas-panas, yummeh!

~ Nai @ Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan