Antara Mask & Niqab Lofa


Assalamualaikum. Tahu tak apa yang paling susah bagi seorang wanita nak buat? Jawapannya ialah menyorokkan kecantikan yang ada pada dirinya. Contoh, kalau rambut dia lawa dari jauh dah jatuh cinta orang nampak, memang berjihad untuk dia pakai tudung. Pakai tak pakai, bila dah botak ataupun beruban jenuh nak cari rambut palsu bagai. 

Contoh lagi, kalau bentuk badan dia lekuk sana lekuk sini, potongan memang ideal idaman dan igauan ramai, hampir pasti dia memilih untuk mempamerkan kelebihan yang ada. Ataupun kulit dia mulus tulus putih melepak, ingat senang ke dia nak sorok lengan dan kaki? Zaman remaja dulu aku pernah terbaca tentang Tina Turner dalam majalah hiburan apa entah dah lupa. Intipati liputan dipendekkan ceritanya berkisar tentang kaki Permaisuri Rock Lagenda itu: "Once you told a woman that her legs are gorgeous, she's going to show them off well till the end of time", macam tu la lebih kurang rumusannya. Mau taknya, dah jadi nenek pun dia masih tetap pakai dress yang jelas menayang kakinya yang indah terbentuk. 

Itu kita cerita yang dari segi hukum agama wajib ditutup, apatah lagi yang boleh dibuka. Contoh paling mudah ialah muka, yang tak wajib ditutup kecuali dagu. Makanya berapa kerat aje yang terpanggil nak pakai purdah, niqab ataupun burqa, nampak tak point aku? Jadi bila pakwe aku tanya apa benda yang havoc sangat 1 Malaya dan sejagat mayapada bila Neelofa ambik keputusan nak pakai niqab? Habis bodoh 1 Malaysia, katanya. Aku jawab, sebab kita tengah cakap pasal Neelofa ni, yang mana DNA dan seluruh keturunannya Allah anugerahkan kecantikan semulajadi. Sampai nenek pun pandai mekap kening, siap boleh buat challange dengan anak dan cucu dalam you.tube. 

Makhluk Allah secantik dan seindah Neelofa ingat senang ke dia nak tutup aurat in the first place? Tapi isunya sekarang, dia pilih nak berniqab, dahi dan muka terhijab dari pandangan umum. Senarai kerjaya dia bukan biasa-biasa takat buat blog picisan letak gambar selfie macam yours truly Mak Lom korang ni, jauh panggang dari api! Neelofa tempatnya di persada fesyen antarabangsa, memperagakan koleksi jenama-jenama gergasi: Dior, LV, Gucci, Fendi, YSL apa segala bagai powerhouse brands. Swarovski, Lancome pun ambik dia jadi duta, ko rasa? Orang lain lagi boleh terbang kain baju kalau jadi dia, tapi dia pilih nak pakai niqab, hokeh! 

Sejenak aku terfikir, mungkin orang lain terikat dengan kontrak yang melibatkan duit berjuta-juta lemon dan tak mampu nak buat apa-apa tindakan kalau tak nak kena saman ataupun penalti ke apa ke. Jadi orang lain takkan berani buat keputusan drastik macam Neelofa. Makna kata, mungkin Neelofa berkemampuan untuk menghadapi keberangkalian itu, mungkin siap boleh refund atau bayar penalti ke apa kan? Itu dari satu segi, tapi dari satu segi yang lain, dia takkan tak buat persediaan yang cukup sebelum tampil sebegitu rupa, sudah tentu segala-galanya dah diatur selia sebijak mungkin, dia kan orang yang bijak, penasihat-penasihat (dan peguam) yang ada kat belakangnya pun confirm dah bagi nasihat undang2, jika ada.

Dalam masa yang sama, jangan pernah pandang rendah pada kuasa nama dalam marketing dan peluang bisnes. Bayangkan betapa meletupnya reaksi dunia kalau nanti seorang wanita Islam berniqab menghiasi persada fesyen dan menjadi duta jenama-jenama besar! Bagi aku, sejarah peradaban dunia sifatnya 'nyanyuk' kerana lambat laun 'fesyen lama' akan kembali menjadi baru. Sebenarnya beratus-ratus tahun yang lalu, wanita bukan Islam gemar berpakaian seperti wanita Islam kerana kuasa politik tamadun Islam menguasai dunia. Itu tidak lain dan tidak bukan adalah budaya ikut-ikutan, yang dipanggil trending zaman sekarang. Maka apa yang peliknya kalau nanti perkara yang sama akan berulang? Bukankah salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman adalah Islam kembali berada di puncak? 

Dalam pada tu, aku cuak jugak baca netizen duk sibuk buat 'indemnity clause' ataupun 'exit plan' siap-siap:

"Kalau nanti Lofa buat keputusan nak bukak balik niqab, dia tetap menutup aurat".

"Bila Lofa nak bukak niqab satu hari nanti, aku harap korang pun ada support dia macam sekarang jugak".

Well, not impossible, but why don't we cross the bridge when it comes? Itu satu jawapan yang boleh aku bagi, tapi tak boleh ke kita chill aje dan tak terlalu obses menjalankan tugas penting sebagai netizen yang terlampau banyak masa lapang?  Tinggal lagi mungkin peminat-peminat fanatik Lofa risau satu hari nanti netizen akan berpaling untuk sama-sama memadu tenaga dan mengutuk Lofa secara jemaah kalau dia bukak balik niqab, itu aku boleh je paham takkan korang tak boleh?
Bukan ke lebih baik kalau kita risaukan diri sendiri, ke mana hala tuju kita ni? Dari segi kerjaya dan kekayaan pun sekuman tak sampai tahap Lofa, lagi mau sakit kepala bagai fikir pasal apa akan jadi kalau Lofa bukak niqab?

Takde la beriya aku nak mengupas dan menganalisis kes niqab Neelofa ni sampai jadi panel forum edisi Astro Awani pulak, kan? Cuma aku terpanggil nak abadikan serba sedikit apa yang aku sembangkan kat rumah sambil-sambil teman pakwe layan Netflix cerita letup-letup lempang-lempang kejar-kejar terjun-terjun bangunan. Hurmm... action packed movies all the time, if not golf, for that matter. 

Apa pun jua, jaga jarak dan sila pakai mask walaupun tak minat pakai niqab. Salam!

~ Nai @ Tak Pe Je.
 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan