Posts

Showing posts from February, 2018

Bila Rencana Diubah Keadaan

Image
Assalamu’alaikum. Dari awal bulan Januari aku pos kain saree untuk dijahit seorang saudara di Terengganu sana, nak jimat punya pasal. Dah berapa majlis resepsi pernikahan berlalu pun aku tak tau, tak siap-siap lagi tempahan itu. Sehinggalah semalam, malangnya apa yang aku rancang terpesong dari landasan. Adoi... sabo je ler! Kurung Pahang aku ni dah nampak macam kacukan kebarung dengan kebaya dengan kurung, tetiba je tailor tu letak boarder kat tengah. Hurmm... tapi aku tak la frust sangat sebenarnya, at least ada kelainan daripada pattern yang dah biasa aku pakai. Tinggal lagi, cutting badan aku sekarang ni tak macam dulu, jadi kurung Pahang dah tak berapa helok pulak dengan aku. Tapi mungkin itu perasaan aku je kan? Mak aku of kos la kata lawa, sebab dia prefer tengok aku pakai longgar gobos bagai.  Takpe la Nai, banyak lagi kain saree yang menanti di kedai pujaanmu itu, bila-bila ada duit lebih boleh je kunjungi dan rembat sepasang dua, kennn? ~ Nai at Tak Pe Je.

Hari Saree Satu Ofis

Image
Assalamu’alaikum. Siapa minat cerita Kuch Kuch Hota Hai secara umum dan aktres Kajol secara khasnya, maka korang takkan pernah lupa betapa cantiknya kesemua saree yang Anjali pakai sejak dewasa dan menjadi sangat feminin. Sampai sekarang aku masih suka ulang tayang dan ulang renung keindahan momen di mana Anjali menggayakan koleksi saree yang meletup habis dari segi fabrik mahupun warnanya. Memandangkan aku tak jumpa lagi waktu yang sesuai untuk memakai saree dalam erti kata yang sebenar, maka aku pakailah mengikut kesesuaian budaya hidup diri ini. Salah satunya, baju kurung modern macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Akhirnya kami berjaya mengenakan baju daripada kain saree secara berjemaah di pejabat, dah macam hari raya pulak! Nak dijadikan cerita, pagi tu aku pergi tunjuk tanah kat client dengan PA aku. Bayangkanlah, bersaree bagai tengah panas kat Setapak sana, nak tergelak pun ada jugak. Kebetulan client tu India Muslim, seronok la dia tengok kita pakai gitu, kan? Perasaannya

WW ~ My Tumbler and I

Image
My date. ~Nai at Tak Pe Je.

Garamkan Kulit Kepalamu

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni aku nak kongsi petua hilangkan masalah kelemumur dan kulit kepala, ataupun masing2 dalam Bahasa Inggerisnya dandruff dan scalp. Bagi sesiapa yang dah kehabisan cara nak mengatasi masalah gatal-gatal kepala akibat kedua-dua faktor itu, anda tidak keseorangan. Banyaaaaaaaak sangat orang lain mengalami dilema yang serupa, salah seorangnya akulah!  Macam aku ni, ada satu lagi masalah, yakni rambut gugur. Nak dijadikan cerita, satu hari macam biasa pagi2 hantar anak sekolah aku dengar hot.fm dalam kereta. Gang Pagi Hot kan ada 3 serangkai kumbang yang meletup: Shuk, Ajak & Fizi. Sekali Shuk ada kongsi petua untuk kurangkan masalah rambut gugur. Katanya, campurkan garam dengan shampoo harian kita, nescaya akan ada perubahan yang ketara selepas diamalkan dengan konsisten.  Aku pun amalkanlah, dan memang ternyata berkesan untuk masalah rambut gugur. Tapi tak dapat nak membantu gejala gatal kulit kepala yang menggila, malangnya. Hari2 kot aku shampoo ra

Berpetang-petangan Di Kuala Sepetang: Bagaikan Sudah Dijampi

Image
Assalamu’alaikum. Tajuk tu macamlah pergi ke Kuala Sepetang, ya? Biasalah.. sekali-sekala buat tajuk gempak sikit, maafkanlah! Petang Khamis baru-baru ni hujan turun dengan lebatnya di jajahan Wangsa Maju dan kawasan-kawasan sekitar dengannya. Tapi kami tak pedulikan itu semua, disebabkan melayan keenakan makanan di Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju. Nak ke Kuala Sepetang memang tak logik, dah nama pun duduk kat Lembah Kelang. Mem payung staff mana yang ada kat ofis, naik satu kereta je menuju ke sana.  Semua pakat order Char Kuey Teow Udang Special, memandangkan memang itulah signature dish kulinari Mak Jah ni. Aku sorang je order Bihun Goreng Udang Special dengan telur dadar. Tapi semuanya dipenuhi dengan udang gedabak lagi menjelirakan. Hurmmm... yummeh!!! Seronok tengok budak-budak ni makan, sampai takde suara 10 minit pertama. Amboi Amboi Amboi... berbaloi-baloi, ya? Bukan apa, kami tinggal berapa ketul ni aje kat ofis tu... yang lain-lain dah terbang bebas di angkasa, mel

Kek Untuk Along

Image
Assalamu’alaikum. Dah lama tak sambut birthday berjemaah satu ofis, maklumlah bajet tak mengizinkan. Keadaan dulu bukanlah yang sekarang katanya! Tapi makin bertambah baik hari ke hari, mudah2an berterusan hendaknya. Jadi, aku ambik inisiatif kumpulkan adik-beradik mana yang ada hujung minggu lepas untuk sama-sama raikan birthday Ayah Lom. Kesian, asyik orang lain je tiup kek... dia pun nak jugak jauh di sudut hati, ye tak?  Masa dia keluar, aku cepat2 ajak adik ipar aku si Nurul pergi beli kek di Wangsa Walk. Malas nak tukar baju lain, aku sarung je jaket denim yang tergantung dalam almari. Inner ninja sekali lagi menyelamatkan situasi, kejap je pin kiri kanan bawah telinga, pusing sekali harung shawl, dah siap nak keluar. Ethnic meets jeans kekdahnya, ko rasa? Lilin bunga api yang aku beli ni bau belerangnya kuat betul, jenuh birthday boy duk tutup hidung sepanjang orang nyanyi lagu birthday ramai-ramai. Hurmm... tak lawa jadinya video. Dia malu lettew! Selama ni kalau tengok orang t

OOTD Post ~ Monochrome Corporate Suit

Image
Assalamu’alaikum. Semalam aku tampil business-like sehari suntuk, kadang-kadang memang macam tu. Warna terbatas kepada hitam dan putih semata-mata, itu pun aku mengelat sebab pakai kasut warna coklat. Kasut hitam semua dah tak selesa dipakai, malas nak menyeksakan kaki.  Biasanya aku akan heret handbag warna garang sket tapi kali ni malas nak tukar, alang-alang dah guna lebih seminggu beg warna hitam, angkut je la mana yang sedia ada. Tali warna ungu pun kira menyedapkan mata jugak la bagi aku. Saja je ambik tali handbag Esfolar letak kat beg tu, senang kalau nak galas kasi labuh sikit.  Suit aku semua dah lebih daripada 5 tanun usianya, teringin jugak tempah yang baru. Tengok la kot2 ada rezeki sebelum hujung tahun 2018 ni kita tambah la koleksi sepasang dua.  Esok dah Jumaat kan? Kejap je seminggu. Kita ni diburu waktu hari-hari kan? Apa nak buat, jom la kita teruskan hidup dengan tabah dan tenang. Jumpa lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu’alaikum. ~Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Find The Missing Puzzles

Image
Points to ponder. ~ Nai at Tak Pe Je.

Jumaat Pertama Februari 2018

Image
Assalamu’alaikum. Semalam hari yang agak perlahan, entah la sejak fenomena Super Blue Blood Moon 31hb Januari lepas, waktu seolah-olah bergerak perlahan. Dengar cerita, terusan Venice jadi kering, betul ke? Yang pasti, memang haus dan dahaga sepanjang hari, terasa kering lain macam je cuaca. Kecuali masa hujan la, kan? Awal aku sampai ofis, sebab jalan pergi dan balik ke Gombak clear lebih daripada biasa, mungkin banyak pihak yang sambung cuti direct sampai hujung minggu. Biasanya hantar anak je mesti sesak, sampai rumah dalam 8.30am gitu. Ofis depan aku pun tutup, alang2 gamaknya nak bukak hari Jumaat. Tapi aku bukak, takde makna nak sambung-sambung cuti bagai, bukannya raya puasa pun.  Masa nak turun ambik anak jam 1.30pm, aku dapat hadiah kain pasang bertatahkan batu permata: liplap liplap merelit merecik kebaboom! P.A aku bagi, ofis suaminya borong pukal dan ada lebih dua pasang; satu bagi aku, satu lagi dia punya. Hurmm... rezeki kasih sayang namanya ni, alhamdulillah... ingat sen

Meraikan FT Boy

Image
Assalamu’alaikum. Seperti kebiasaannya, kami bertiga meraikan hari lahir pakwe dengan keluar makan malam. Sebab utamanya ialah junior dari sekolah rendah lagi berada dalam jajahan takluk Negeri Selangor, makanya tak pernah cuti setiapkali Hari Wilayah. Dah nasib badan birthday jatuh pada 1hb Februari kan, kena tunggu anak balik sekolah lepas jam 4 petang. Aku siap paling awal, maklum la tak boleh solat. Mekap lebih sket, ye la nak pergi dinner sambut birthday kan, kena la special. Takde la beriya sangat pun, semua guna warna natural je.  Kali ni pakwe pilih tempat makan, teringin nak pekena ikan kerapu stim kicap di South Sea Seafood, Subang. Sebelah Skypark je, siap boleh tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Takde gambar makanan, ampunkan la aku, ya... memang jenis tak berapa reti snap gambar sebelum makan. Kami pesan minimum je, memandangkan kontena perut masing-masing sangat terhad. Selain ikan kerapu stim kicap, ada tauhu sizzling dengan cendawan, air kelapa muda, teh jasmin

Hari Terakhir Januari 2018

Image
Assalamu’alaikum. Hari ni cuti Hari Wilayah, semalam cuti Thaipusam. Naik lemau badan cuti lama-lama, bosan. Esok Jumaat keja, kemudian cuti hujung minggu kan? Itulah, aku pesen tak gemar cuti panjang kalau takde aktiviti nak buat. Kebetulan period, lagi terasa kekosongan aktiviti yang biasanya terisi 5 waktu. Takpe la, layankan tidur sekali-sekala pagi-pagi.  Meh kita cerita pasal semalam, 31hb Januari 2018. Kami 3 beranak pergi meraikan majlis seorang kawan yg berkongsi harijadi dengan anak bongsunya di Flora Cafe, AmpWalk Building. Amboi... dah macam majlis resepsi tunang je, teruja ler tengok!  Awal aku bersiap, sebenarnya nak keluar pergi tempat lain. Sekali member wassap ajak attend majlis birthday, kensel plan asal dan memandangkan ada sejam sebelum ke sana, aku conteng sket mata dan muka. Ada la foundation dan 2 jenis bedak cerah dengan gelap digunakan, maklum la nak kasi efek contour konon-kononnya. Mood lembut, aku pakai lipbalm yang ada kaler je tak pakai lipstik pun. Kami t