Berpetang-petangan Di Kuala Sepetang: Bagaikan Sudah Dijampi
Assalamu’alaikum. Tajuk tu macamlah pergi ke Kuala Sepetang, ya? Biasalah.. sekali-sekala buat tajuk gempak sikit, maafkanlah! Petang Khamis baru-baru ni hujan turun dengan lebatnya di jajahan Wangsa Maju dan kawasan-kawasan sekitar dengannya. Tapi kami tak pedulikan itu semua, disebabkan melayan keenakan makanan di Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju. Nak ke Kuala Sepetang memang tak logik, dah nama pun duduk kat Lembah Kelang. Mem payung staff mana yang ada kat ofis, naik satu kereta je menuju ke sana.
Semua pakat order Char Kuey Teow Udang Special, memandangkan memang itulah signature dish kulinari Mak Jah ni. Aku sorang je order Bihun Goreng Udang Special dengan telur dadar. Tapi semuanya dipenuhi dengan udang gedabak lagi menjelirakan. Hurmmm... yummeh!!!
Seronok tengok budak-budak ni makan, sampai takde suara 10 minit pertama. Amboi Amboi Amboi... berbaloi-baloi, ya? Bukan apa, kami tinggal berapa ketul ni aje kat ofis tu... yang lain-lain dah terbang bebas di angkasa, melebarkan sayap masing-masing. Bila dapat keputusan yang menggembirakan untuk satu kes yang dikira tough lagi mencabar minda, emosi dan kreativiti, wajarlah mereka diraikan penuh kasih-sayang. Dah pulak kebetulan birthday dua orang daripada mereka jatuh pada bulan Februari, kira tapau sekali la tu. Nak tunggu yang rasmi punya lambat lagi, boss ada kerja persatuan kat Timur Tengah sana. Balik pulak ngam-ngam nak cuti CNY, mau tak mau kena tunggu lepas naik kerja semula. Kan lambat lagi tu?
Takpe la, ada jugak orang nak memeriahkan suasana dan teman aku makan. Kira separuh jiwaku pergi setiapkali ditinggalkan sendirian, ehemm...! Anyways, lepas ni boleh bawak lagi dorang makan kat sini, dah ternyata kena dengan selera masing-masing. Bagai sudah dijampi pun iya jugak, sesuai dengan kemenangan lagu Jampi AJL ke-32 la lebih kurang.
Cer tengok gambar tu, mau tak kena jampi?
~Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment