Posts

Showing posts from March, 2020

Mereput Demi Negara

Image
Assalamu'alaikum. Nak dijadikan cerita, sebelum diwajibkan melepak kat rumah selama 14 hari, aku dah memang tak masuk ofis dekat 14 hari atas sebab-sebab yang tak perlu diceritakan di sini. Aku bukan tak kerja, cuma tak masuk ofis, kecuali bila ada benda urgent yang tak dapat dielakkan. Bila dah kena duduk rumah ni, aku dapat tau ada penghuni kondo Sri Maya di Jelatek yang positif covid-19, tetiba aku rasa bersyukur sangat sebab takde kontek dengan orang ramai bila tak aktif bukak pintu untuk orang datang jumpa pesuruhjaya sumpah. Ye lah, mana tau salah seorang yang datang dalam tempoh aku tak bukak pintu tu sebenarnya pembawa virus, yang mana dia sendiri pun tak tau? Kiranya aku dah putuskan jaringan penularan virus jahat itu tanpa sedar. Alhamdulillah... sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-sebaik kejadian!  Bila Tan Sri Muhyiddin Yassin kata nak buat pengumuman penting sebelah malam, orang2 Malaya diserang panik secara berjemaah dan memandai jadi Nujum Pak Belalang

Seluar Batik Di Tasik Kenyir

Image
Assalamu'alaikum. Awal bulan Mac baru2 ni family mertua aku buat trip naik houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Maklumlah tabung percutian keluarga yang duk kumpul sikit sorang setiap bulan lebih setahun dah melimpah ruah kekdahnya, kena la perabis dengan percutian yang dipersetujui bersama. Maka tibalah waktunya kami segerombolan berkonvoi ke Tasik Kenyir, tapi kali ni aku nak cerita pasal seluar je, bukan pasal percutian itu.  Masa kemas kain baju, aku memang sengaja bawak seluar batik je semua, takde jeans ke seluar trek ke apa. Supaya senang aku kulu kilir pakai seluar yang sama dari pagi sampai malam, kecuali masa ada aktiviti air, baru tukar seluar lain yang sesuai dengan keadaan. Puas hati dapat manfaatkan seluar-seluar batik yang menjadi pujaan hatiku! Sesetengah orang segan nak bawak berjalan ataupun pakai depan khalayak ramai, tapi aku takde hal. Bukannya aku bogel, nak malu apa ke benda, betul tak? Lagipun kain batik aku bukan kaleng-kaleng, orang

Sakura Di Gombak?

Image
Assalamu'alaikum. Sesiapa yang dah merasa tengok keindahan bunga sakura secara langsung, memang sangat bertuah. Kat negara kita ni kalau nak merasa terbuai dek bunga musim panas macam sakura, ada kat Kedah. Bagi aku yang tinggal di Lembah Kelang, bila nampak bunga kertas warna pink penuh kelembutan sepanjang jalan menuju UIAM, punyalah jakun, tuhan aje yang tau!  Pagi-pagi hantar anak ke sekolah jadi lebih bermakna bila disambut keindahan bunga nan indah. Jalan bumper to bumper pun takde hal, lagi senang nak ambik gambar buat kenangan.  Bunga-bungaan ni hanya akan ada bila cuaca terlampau panas, takat panas biasa-biasa takde maknanya. Cuma kat kawasan Gombak ni tak pulak tumbuh secara berjemaah bunga warna pink ni, tak semeriah keadaan di Kedah sana yang merimbun kiri kanan jalan. Bila bunga luruh, sedebik macam Autumn in My Heart!  Lagi satu setback kat sini adalah jangka hayat bunga tu sendiri, hujan turun sikit je dah luruh semuanya, tinggal kenangan. Tak

Selembut Kapas Mengelus Nafas

Image
Assalamu'alaikum. Dekat dua minggu lepas aku ada pergi Nagoya Wangsa Maju, saja cari kain untuk projek #naimenjahit ke peringkat yang seterusnya. Langkah kanan pulak nak dijadikan cerita.. ada banyak harga promosi dan stock clearance. Sudahnya aku bawak balik 2 set kain cotton berukuran 4 meter setiap satu, 4 meter kain style lama tebuk-tebuk warna peach dan 4 meter kain jenis apa entah, warna emerald.  Kain cotton yang stock clearance ni aku dapat RM9 semeter, jadi total 8 meter yang aku beli masa tu adalah RM72. Dua-dua kain tu pulak aku boleh dapat sehelai dress labuh tanpa lengan dan sehelai palazzo. Baki kain aku ingat nak buat simple tshirt, tengoklah apa kesudahannya nanti jadi ke tidak. Kain ni teramatlah sejuk dan selesa dipakai, siap boleh bawak tidur lagi. Nak layer dengan jaket denim ataupun cardigan kat luar, satu pilihan. Nak pakai tshirt ataupun cardigan kat bahagian dalam, satu pilihan lagi. Disebabkan materialnya yang teramat sejuk, takde hal korang nak

WW ~ You Can't Break Me

Image
Never!  ~ Nai @ Tak Pe Je.