Seluar Batik Di Tasik Kenyir
Assalamu'alaikum. Awal bulan Mac baru2 ni family mertua aku buat trip naik houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Maklumlah tabung percutian keluarga yang duk kumpul sikit sorang setiap bulan lebih setahun dah melimpah ruah kekdahnya, kena la perabis dengan percutian yang dipersetujui bersama. Maka tibalah waktunya kami segerombolan berkonvoi ke Tasik Kenyir, tapi kali ni aku nak cerita pasal seluar je, bukan pasal percutian itu.
Masa kemas kain baju, aku memang sengaja bawak seluar batik je semua, takde jeans ke seluar trek ke apa. Supaya senang aku kulu kilir pakai seluar yang sama dari pagi sampai malam, kecuali masa ada aktiviti air, baru tukar seluar lain yang sesuai dengan keadaan. Puas hati dapat manfaatkan seluar-seluar batik yang menjadi pujaan hatiku!
Sesetengah orang segan nak bawak berjalan ataupun pakai depan khalayak ramai, tapi aku takde hal. Bukannya aku bogel, nak malu apa ke benda, betul tak? Lagipun kain batik aku bukan kaleng-kaleng, orang lain buat pakai pergi kenduri la, majlis konvo la, OOTD bertunang la, macam2 lagi. Aku gi buat seluar palazzo, gayakannya secara santai, takde masalah pun, tak pe je!
Pasal kain-kain ni amat tinggi kualitinya,
maka demikianlah juga amat tinggi tahap keselesaannya. Satu hari kalau ada rezeki ke bumi Indonesia, akan kucari tempat yang jual batik Solo agar dapat kuborong sesedap oren bawak balik Malaysia.
Sementara itu, cukup dulu koleksi batik Solo buat masa ini. Mana yang ada pun dah lebih daripada memadai, sampai tak muat dah almari kat rumah, ko rasa?
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment