Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah
Assalamu’alaikum. Okay, dalam banyak-banyak perkara tentang Pesuruhjaya Sumpah, bab mematikan setem ni aku nak kongsi dengan korang semua. Kita buat dalam bentuk rumusan fakta sudah la, ya?
1- Setem Hasil: RM10 sekeping, beli kat mana2 pejabat pos. Ada sesetengah Pesuruhjaya Sumpah dah beli siap-siap, standby kat ofis kot-kot la orang datang berkehendakkannya. Tapi jangan kecewa, marah atau tak puas hati kalau takde tau, sebab itu bukan tanggungjawab dia. Kira value-added service.
2- Dokumen apa yang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem hasil ni? Bukan semua dokumen, ya, tuan-tuan dan puan-puan. TIGA jenis je pun:
-i- Afidavit;
-ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau
-ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau
-iii- Deklarasi/Pengakuan Bertulis.
Dengan syarat Afidavit, Surat Akuan Berkanun dan Deklarasi/Pengakuan Bertulis itu ditandatangani dan diangkat sumpah di hadapannya.
3- Cara mematikan setem, takde cop2 bulat bagai macam kat LHDN tu, ya... kena buat dua palang kat luar dan sebahagian daripada setem hasil, letakkan cop tarikh kat tengah2, antara dua palang itu.
4- Kalau nak senang, bawak setem hasil siap2 masa datang nak affirm Surat Akuan/Afidavit yang ada keperluan mematikan setem, sebab bukan semuanya perlu disetem. Kalau terlupa atau tak sempat, affirm je dulu depan Pesuruhjaya Sumpah... lepas tu pergi beli setem hasil dan datang semula untuk mintak khidmat mematikan setem. Tak pun, lepas affirm dokumen, boleh panjat mana2 LHDN pergi matikan setem, ataupun nama glamour nya ‘stamping’.
Ikut mana pun, kalau tak pasti, disarankan sangat2 untuk call dulu ofis Pesuruhjaya Sumpah sebelum datang. Tanya dulu apa yang patut, karang datang susah-susah, pusing cari parking bagai, sekali dokumen tu bukan dalam bidangkuasa Pesuruhjaya Sumpah pun nak matikan setem bagai... kesian korang nanti. Kalau datang jumpa aku pun, aku takat boleh senyum dan mintak maaf je la kan? Takkan la korang nak datang semata2 tengok aku senyum pulak, baik baca blog je. Hahah gitiewww.
Ok, harap info ni membantu korang. Sekian, Selamat berhujung minggu! Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Kalau untuk borang pemohonan biasiswa asasi valid ke?? Boleh ke minta matikan stem dekat persuruhjaya sumpah?
ReplyDeleteKalau borang tu ada bahagian yang memerlukan sign Pesuruhjaya, boleh mintak dia matikan setem sekali.
Deletekalau sya nak buat perjanjian hutang dgn seorang kawan saya macam mana ye
ReplyDeleteSorry baru reply, tak perasan ada komen.. perjanjian hutang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem, dgn syarat PJS tersebut yang sign penyaksian tandatangan pemberi dan penerima hutang.
Deletekalau nk matikan setem hasil untuk borang matrikulasi tu boleh ke ? sebb sekarang banyak lhdn yg tutup, buat appointment pon kene tolak sebb dah x de tempat ?? pliss notice this comment
ReplyDeleteBorang tu kalau ada ruangan yang Pesuruhjaya Sumpah (PJS) perlu sign, baru boleh. PJS hanya boleh matikan setem dokumen yg dia sign.
DeleteKalau ikutkan keadaan PKP sekarang, boleh mintak tolong mana2 peguam utk setemkan secara online. Itu paling senang.
DeleteSalam cik nak tanya, kalau borang biasiswa kerajaan boleh ke pesyruh jaya sumpah matikan setem? Sebab kat situ ada satu section yang dimana pesuruhajaya sumpah boleh menurunkan tandatangan sebagai saksi.
ReplyDeleteWsm. Kalau ada ruangan tandatangan PJS sebagai saksi, bolehlah beliau matikan setem hasil RM10 yang dibeli kat pej pos…
Deletenak tanya buat palang kat luar cop tarikh tu cane eh? boleh tak kasi contoh gambar.
DeleteAla2 palang Kad Pengenalan untuk kegunaan bank jugak, cuma secara melintang kiri ke kanan.
DeleteASSALAMUALAIKUM AKAK
ReplyDeleteSAYA NAK TANYA
BOLEH TAK PESURUH JAYA SUMPAH JADI SAKSI?
Saksi untuk apa kena tau dulu sebab soalan ni general.
Deletehttps://www.dwc.com.my/soalan-soalan-lazim-berkenaan-pesuruhanjaya-sumpah/
Deleteselain LHDN kat mana lagi bole matikan setem eh?ada dengar cerita pajabat tanah bole,betulke?aaa please notice me
ReplyDeletePejabat tanah xde pulak yang saya tau boleh. Musim PKP ni dicadangkan cari legal firm yang boleh tolong buat online stamping.
DeletePTPTN boleh tak pesuruhjaya sumpah matikan?
ReplyDeletehttps://www.ptptn.gov.my/images/fail/pinjaman/panduan_isi_dok_pnjmn/pp_isi_dok_pinjaman.pdf
DeleteSalam. Lebih baik dapatkan sijil setem melalui website LHDN.
Salam. nak matikan stem di Pesuruhjaya Sumpah contoh di Putrajaya. Boleh walk in ke sekarang atau perlu online appoinment?
ReplyDeleteLebih baik call dulu tanya pesuruhjaya sumpah ada ke tidak, masuk pukul berapa.
DeleteSalam... Nak pastikan, kalau pejanjian pinjaman biasiswa, boleh tak pesuruhjaya sumpah matikan setem kalau dia jadi saksi?
ReplyDeleteTak silap saya, boleh. Baik double confirm dengan bahagian pinjaman.
Deletesis kalau surat kontrak kerja dari jabatan kerajaan pesuruhjaya sumpah boleh matikan setem tak? sebab dekat kontrak tu perlukan jugak cop dari pesuruhjaya sumpah. lhdn full appointment sekarang
ReplyDeleteKontrak kerja ni agreement lain drpd pinjaman, nak selamat baik mintak khidmat legal firm utk dapatkan online stamping.
DeleteSalam, boleh ke pesuruh jaya sumpah matikan setem hasil untuk dokumen penjamin IPTA?? dokumen tersebut juga perlukan sign saksi iaitu pesuruhjaya sumpah itu sendiri untuk sign.
ReplyDeleteBoleh selagi dia yang sign dokumen tu.
Deletesis...harapnya you bacalah ni....saya tk faham. maksud sis kalau kita nk suruh pesuruhjaya sumpah tu yg matikan setem, dia yang kena jadi saksi ke? perlu ke? kalau org lain jadi saksi, pesuruhjaya tk boleh ke matikan setem utk kita?
DeleteKena org yg sama. Kalau pesuruhjaya tu yg sign, dia yang boleh matikan setem.
DeleteSalam sis, untuk matikan setem dekat pesuruhjaya sumpah perlukan tuan punya badan ke kalau hantarkan wakil boleh ke? Wakil bawakan surat akuan yang telah lengkap dengan tandatangan peraku.
ReplyDeleteHadir sendiri, sign depan pesuruhjaya dan lps dia affirm dokumen, dia matikan setem.
DeleteSis nak Tanya kalau matikan setem untuk urusan emigresen bolehkah di pesuruhjaya su.pah?
ReplyDeleteKena ada tgk ada tak ruangan yg PJS sign
Delete