OOTD Post ~ Kurung Moden Nan Klasik



Assalamu’alaikum. Ni baju kurung moden terkini yang mengungguli senarai peberet aku sekarang, baru pakai kali kedua semalam, lepas buat raya haji aritu. Kainnya aku beli kat Nagoya cawangan Aeon Big, Wangsa Maju, sekali dengan lining, lepas tu hantar kat tukang jahit. Baju buat potongan kurung moden, kain bentuk ‘A’. Gaya klasik aku dari zaman anak dara sampailah mak dara, balik-balik itu jugak yang aku selesa. 



Nampak Fazura pakai kebaya ropol2 masa tunang rasa berkenan pulak, tapi dah tau sudahnya bukan aku nak pakai pun... maka, tumpang happy je ler tengok orang lain pakai lawa-lawa gitu. Bukan apa, macam tak sesuai je dengan aku. Yang penting, tuan punya badan kena selesa dan yakin pakailah apa menda pun, bukan semestinya kena ikut trend semasa. Janji lepas masuk majlis, kira ok la tu..



Macam baju kebarung Pahang aku pakai hari ni jugak, kalau sendat-sendat memang kejung ler tak bergerak ke mana-mana. Yang ni lepas bebas berjalan, banyak ruang angin boleh masuk, ko rasa? 

Itu je la, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan