Busana Kenangan

Assalamu’alaikum. Rajin pulak dua tiga menjak ni, kan? Ada je entry baru yang nak dikongsi dengan korang, kira tak sempat nak bersawang blog ni. Sejak hari Isnin aku kung kang kung kang batuk kat ofis, nak terkucil dah rasanya. Melarat batuk ni, padahal aku minum dua sedut je air milo ais masa weekend, terliur tengok anakanda minum.. maklum la, cuaca panas. Malam tu start batuk, sampailah sekarang, dah dekat seminggu. Esok nak gi ambik nebulizer la, kasi cair kahak, cepat sket baik batuk. 



Ok, jom cerita pasal baju yang aku pakai ni. Berzaman dah usianya, beli kat Bandung kalau tak silapnya, masa ikut rombongan pegawai2 Mahkamah Syariah KL ke Jakarta-Bandung, junior umur 4 tahun kot. Sekarang dia 13 tahun, pergh... dekat sedekad dah baju ni dalam almari aku! Mak pun ada, aku belikan jugak kat dia. Kami sama2 tempah buat baju dan seluar satu suit, busana Muslimah standard zaman dulu-dulu. Tahan kainnya, tak luntur ke apa, elok lagi sampai sekarang. Cuma dah lama aku tak pakai satu suit, biasanya match make dengan jeans ataupun slacks.



Aku ada 3 pasang kain sulam macam ni, 2 pasang aku tempah buat baju belah tepi dengan seluar, sepasang lagi dengan kain susun belakang. Ketiga-tiga baju tu tak pernah meninggalkan almari aku, tetap aku simpan dengan penuh kasih sayang. Tak tergamak nak bagi kat orang walaupun tak selalu pakai. 



Selesa pakai baju style gini, cuma tak semua orang berkenan, maklum la old school. Sebenarnya ramai je lagi yang masih mengekalkan fesyen baju labuh belah tepi dengan seluar panjang, terutamanya student kolej/universiti. Tengok preference masing-masing la, kan? Kalau kena gayanya, tetap boleh nampak menyerlah, kalau korang nak. Pakai la apa pun, yang penting kena konfiden. Kalau pakai fesyen terkini sekali pun, tapi tak kena dengan jiwa dan perwatakan, akan tetap nampak janggal. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita, ingat tu. 

Okay la, selamat malam semua... semoga mimpi yang indah-indah, istirehat secukupnya... esok kita sambung kerja. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan