Set Sofa Untuk Dijual

Assalamu'alaikum. Awal tahun 2016 aku ada post pasal sofa make-over kat SINI, kalau korang follow blog ni mesti pernah terbaca, masa tu masih belum masuk rumah baru. Sofa ni asalnya aku nak hantar balik kampung, alang-alang mak nak buat homestay, biarlah ada manfaat menda alah ni. Tapi memandangkan nak menghala ke Terengganu sana bukanlah dekat, lebih baik aku jual je sofa ni sekali dengan meja kopi, kot la ada yang berminat nak beli.     


Kenapa tak simpan je, menda elok lagi, mungkin ada orang tanya macam tu, kan? Sebabnya, tak sesuai dengan deko rumah ni... dah pulak makan space, makin tambah kecik jadinya ruang family yang entah bila nak ada bajet untuk aku siapkan. Bila dah takde sofa dengan meja kayu ni, bolehlah aku start pelan-pelan ganti dengan apa menda yang patut dan perlu, supaya serasi dengan konsep semasa. 


Dalam ketiga-tiga sofa ni, yang kat bawah ni aje ada orang duduk hari-hari, tempat adik bongsu aku study dan buat kerja, dari masa dia belum grad sampailah dah habis praktikal pun sekarang. Duk kat spot yang sama je, sampai lekuk dan lembik span kat situ aje, tempat lain semua masih elok tak bersentuh. Ye la, kawasan ni belum sempurna pun kejadiannya, ikut rencana nak letak aircond dan TV bagai kat situ... kira tempat lepak privasi la kan, tak payah nak sibuk pakai hijab macam kat ruang tamu sana masa orang ada datang rumah. 


Entahlah apa kesudahannya, harap-harap cepatlah terjual menda ni. Kalau takde jugak, rasanya memang kena adjust bajet cari lori 1 tan dan hantar balik kampung. Sempena hari Jumaat ni, kita doakan agar dipermudahkan segala urusan, Insya Allah... termasuklah set sofa aku ni. Ameen.

Terima kasih sudi baca, kita jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan