Dalam Pembikinan
Assalamu’alaikum. Mak pernah pesan, kalau satu hari aku nak tulis buku, biarlah dalam bahasa yang dia faham. Sekarang mak 61 dan aku 41 tahun, barulah hari itu tiba. Mak kata mudah2an umur dia panjang nak tunggu buku aku siap, Allahu... tetiba rasa macam tak cukup masa pulak jadinya. Hahah.. takpe la, apa pun yang terjadi, aku yakin dan percaya, semuanya dalam rahmat dan pentadbiran Yang Maha Mentadbir.
Aku tulis buku ni dalam keadaan yang serba mencabar, curi-curi waktu dan kesempatan mana yang terluang. Kadang-kadang amat melelahkan, tapi alhamdulillah setakat ni ada jalan yang Allah lorongkan. Mampu menjadikannya satu kenyataan pun sudah amat aku syukuri, yang tinggal cuma untuk aku teruskan hingga ke noktah yang terakhir.
Ikutkan hati memang nak ambik ‘sabatical leave’ dan selesaikan projek sepanjang usia ini, tapi ye lah, tak semua yang kita boleh dapat pada waktu yang kita nak, kan? Apa yang ada, kita manfaatkan sebaik-baiknya, Insya Allah.
Destinasi terakhir bermula dengan langkah pertama, itu yang aku boleh gerenti. Doakanlah aku, ya... terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment