Kicapkan Tanganmu

Assalamu'alaikum. Siapa pernah terkena air panas mendidih kecepuk kebaboom atas tangan je yang tau sakitnya tu di mana. Bukan di tempat yang terkena air panas semata-mata, sakit jiwa pun termasuk dalam pakej sekali, hokeh? Pantang nombor satu bila terlibat dalam eksiden sedemikian adalah JANGAN PANIK. Nombor dua, JANGAN CARI AIR, weh.. meletup berbintit-bintit jadi bebola air tangan nanti! Dulu masa zaman universiti, aku pernah join camping, jenuh meredah hutan tebal jauh ke dalam dari Pantai Teluk Batik. Masa tu belum jadi tumpuan pengunjung, kira macam kami ganggu privasi makhluk yang mendiami kawasan tu la, lebih kurang. Ada sorang senior terkena minyak panas, punyalah panik, sambil berlari, menjerit dan memegang tangan yang terkena minyak panas tu dia meluru pergi rendam tangan dalam air sungai. Ko rasa apa jadi? Bebola air, of course! Nombor tiga, JANGAN MENCARUT. 🤭 (errrk.. yang ni nombor negatif 1 kot). Tak payah nombor la, ya? 
 

Arghh.. nampak gambar tu terasa sakit, kan? Adat la duduk kat dapur, mesti terkena benda-benda panas ni, paling susah nak buat adalah jaga bahasa, sendiri mau ingat la kan? Macam aku jumaat lepas, tersiram baik punya susu fresh yang baru sudah dipanaskan secara manual sebelah mesin kopi. Tengah-tengah tuang ke dalam thermos yang dah berisi kopi, tetiba tertuang atas tangan kiri, ko rasa? "Aduh!" Itu aje ayat yang terkeluar, terus meluru ke sinki dan sepantas kilat tangan kananku mencapai botol kicap pekat, kusiram secukup rasa. Adik ipar aku ada masa tu, katanya nanti tinggalkan bekas hitam pada tangan, patutnya letak susu pekat. Aku senyum
kelat, takpe la kot hitam pun.. asalkan tak berbentuk bebola air.


Lama jugak nak hilang rasa pedih mencucuk-cucuk, dekat setengah jam gitu. Bibik tak kasi basuh, lap je katanya, tapi logik akal dah selamat nak kena air sebab tempoh kritikal dah berakhir. Aku basuh, kemudian sapu vaseline sebelum pegang dokumen yang menunggu untuk aku selesaikan, orang takkan peduli alasan apa, semua nak cepat dan teruskan kerja masing-masing. Masa-masa tu la ada benda urgent nak sign segala, nasib baik terkena tangan kiri dan aku bukannya kidal. 

Tengahari aku pergi ambik anak balik sekolah, kesan likat vaseline masih berbekas di tangan. Takde pulak ada kesan hitam, kiranya rumusan ujikaji makmal tentang kicap tadi kita dah boleh tau la, kan? Ingat, jangan mencarut! Hehehe.

~ Nai at Tak Pe Je.





 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan