3 & 5 Syawal 1438H : Raya Raya Raya 2017

Assalamu'alaikum. Raya ketiga mak datang ke rumah besannya, aku masak gulai darat patin resipi orang Terengganu dan bibik buat kari kambing. Ipar duai aku ni jenis raya hari pertama je, jadi aku melawa sorang-sorang pakai baju raya, sambut mak yang datang dengan Ida dan Nazri. Hajatnya nak try jenguk Pusat Perubatan Bekam & Resdung kat Balok sana, telefon tak berangkat, mesej pun tak berbalas. Redah je ler nak cuba nasib, tapi biasalah, seperti yang dijangka, masih tutup cuti raya, bukak semula 2hb Julai. Takde rezeki, tapi takpe la janji dah tau tempatnya kat mana.. senang nanti nak pergi, walaupun entah bila.


Alang-alang dah sampai ke Balok, mak ajak singgah kat kedai yang ada jual barang plastik. Punyalah jauh datang beli bekas letak sabun, kelakar pulak aku dengar cerita tentang mak daripada Ida. Ambik itu ini, cash kat tangan bawak RM20 je, nasib baik ler Ida ikut sekali. Aku tunggu dalam kereta je.. Lengang betul bandar Balok, dah macam pekan koboi diiringi background music saspen, menunggu masa para penjahat datang menyerang dengan kuda dan senapang patah. Boleh bayangkan? Try dulu, pejamkan mata... jumpa kat sana!


Tahun ni aku beli 3 helai je shawls untuk mak, dan ketiga-tiganya dia sangat suka, lebih daripada tahun-tahun sebelum ni. Ada sehelai tu katanya, sama dengan seorang ustazah yang mengajar kelas dia kat KL, bangga la tu! Comel je aku tengok reaksi muka mak masa cerita tentang shawl ustazah tu. Huntong laaa...!


Aku pakai baju kurung pesak gantung (Kurung Riau) daripada kain cotton yang aku beli kat Nagoya Aeon Big Wangsa Maju. Tahun lepas dah beli 4 meter pesen yang sama, corak bunga dan warnanya aje yang lain. Shawl kaler pink tu dah berzaman-zaman duk dalam simpanan, nak bagi kat orang terlampau sayang. Tak cukup panjang saiznya untuk dibelit beriya, aku pakai je la setakat mana yang mampu menutupi dada. Kejap je pun pakai, gantung balik sekali dengan baju kurung Riau tu dalam almari, belum sempat ada bau pun, jangan bimbang... aku ni agak wangi, untuk pengetahuan. Hehehhe. 


Lepas zuhur raya kelima, kami bergerak semula ke Temerloh dari Kuantan. Aku tukar shawl je dan pakai baju yang sama. Shawl tu lagi lama usianya dalam simpanan, ada la dalam 12-13 tahun, korang rasa? Asalnya ada rambu-ramba bagai di sekeliling, tapi aku selamba je gunting kasi togel, berserabai nak lilit style zaman sekarang. Dulu lain, main selempang je kiri kanan, sesuai ler ada rambu-ramba segala. Zaman dah berubah, makanya kita ikut jugak ler peredarannya, jangan terlalu kuat melawan arus...


Anak sedara terkasih pun baru sampai dari Marang, rumah nenek dia sebelah sana. Seronok ler kami berkasih dan bersayang sesama sendiri, kan? Budak bertuah ni selalu nak panggil aku 'Mummy' dan bukannya Mak Long, aku layankan aje.. dah memang macam anak perempuan aku pun dia tu.. Kalau orang tak tau, mesti ingat dia anak aku, melekat semacam je. The feeling is mutual, baby girl! Budak ni nampak macam tinggi, umur baru 3 tahun dah menjulur kaki, dah la bam bam, sampai senget Mak Long dukung, nak tampung berat dia.


Kami siap-siap nak pergi berjalan, ada tetamu bagi salam, hurmm.. macam tu ler kalau raya kat kampung bonda... orang datang 'beruncit-runcit'.


Bila tak jadi keluar beraya, aku temankan cik abang ke sungai, beli ikan patin untuk dibawa balik ke KL. Lepas tu, pergi isi minyak siap-siap kat bandar Temerloh, sementara keadaan masih lengang. Singgah pulak beli sate dan nasi impit untuk dinner malamnya, seronok tengok mak makan beriya. Dah lama tak makan sate, katanya, terima kasih la belikan. Dah la daging dan ayamnya elok sangat-sangat, tak macam sate KL yang penuh lemak. Alhamdulillah... kembang senyuman pakwe aku dengar puji-pujian mak. 

Pergh.. panjangnya post ni, nak cover 3 dan 5 Syawal. Terima kasihlah sudi baca, semoga Allah memberkati. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

Nah, aku belanja ikan patin masak tempoyak. Aku masak ni hari Selasa lepas, baru lagi..  


Baik punya... (Gila susah nak maintain makan nasi sesenduk!) Hehhe.


~ Nai at Tak Pe Je.








Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan