2 Syawal 1438H : 26 Jun 2017

Assalamu'alaikum. Raya kedua kat kampung bonda tradisinya semua kaum kerabat akan berkumpul di 'Tebing', rumah mak saudara bonda, yang kami generasi ketiga panggil Tok Chik. Gelarannya adalah Tok Chik Embun, klasik sungguh! Untuk seorang yang berumur 83 tahun, Tok Chik masih sangat sihat dan cantik mata memandang. Zaman muda-muda dulu mesti vogue.. aku rasa la, kan. Tiap-tiap tahun dia akan buat aku ulang bercerita kenapa anak aku seorang je, dan Ida ulang berjanji nak cepat-cepat carik jodoh. Heheh takpe la, kita bahagiakanlah orang tua setakat yang mampu, dia berbahasa bahasi kita layankan aje, bukan rugi apa-apa pun...


Aku berkebaya Pahang warna hijau air laut Kijal, Kemaman, kalau korang pernah lalu kat Bukit Kijal pukul 11 pagi ke atas, korang paham maksud aku. Kebetulan sama pulak warna dengan Tok Chik, jenuh riuh-rendah sedara-mara pakat komen puji-memuji. Aku ok je, chill macam biasa. Memang warna yang paling dekat dalam hatiku ini adalah hijau, penuh almari dengan segala jenis warna hijau. Klasik je baju raya aku, kan? Umur makin muda ni, minat makin klasik nasional pulak, nasib ler...


Kawasan rumah Tok Chik memang luas, dan sebelah rumahnya adalah rumah salah seorang anak lelakinya yang aku panggil Ayah Li. Ya Allah... punyalah cantik halaman rumah Ayah Li, penuh pokok bunga yang boleh shooting filem Hindustan bergolek-golek kat taman gitu! Naik rumah dia kejap je, yang bergambar kat bawah tu lama gila. Hehehhe, depa dah paham sangat, bukan kami je yang kena sampuk, semua orang pun sama sekapal. Siapalah tak terpesona dengan keindahan sedemikian rupa?


Tahun ni ada penambahan kat rumah Tok Chik, iaitu pegola ataupun orang Pantai Timur panggil wakaf. Berpusu-pusu la kami bergambar kat situ jugak, memang tak boleh blah betul kerabat Cik Puan Tak Pe Je ni, kan?


Panas merelit lit lit pun takpe, janji bahagia dapat ambik gambar.


Bibik selamba je mintak tuan rumah bagi pokok nak bawak balik KL, tanam dalam pasu. Mudah-mudahan hiduplah, kesian bibik karang impian hancur musnah.


Kalau tak hidup, confirm dia mintak lagi tahun depan, aci menda?


Tapi kalau hidup, aku pun tumpang happy...


Lepas tu, lepak kat rumah kakak kepada arwah atok aku, Wan Alang, kejap je pun, banyak lagi tempat nak tuju. Yang lama tu rumah adik bongsu bonda, Ayah Su kat Futsal Temerloh. Aku kamceng dengan isterinya, Che Su.. borak mesti tak boleh kejap, tak cukup rukun gitu.


Dah solat jamak qasar zuhur dan asar, kami bergerak cari ikan patin kat sungai, sebelum menuju rumah mertua di Kuantan. Esoknya mak nak beraya rumah besan dia, jadi aku tunggu mak kat sana je la.


Mood bergambar tak selesai kat situ je, siap posing kat tepi sungai bagai, jangan marah...!


Bukan susah pun nak bagi isteri bahagia, kan? Dapat berhari raya sakan dengan keluarganya walaupun seketika, dah cukup bermakna macam dapat jongkong emas selori. Itulah aku, tak banyak yang aku mintak sepanjang usia pernikahan ini, tak reti pun nak demand apa-apa. Atas rezeki ini, aku bersyukur yang amat sangat. Alhamdulillah...


~ Nai at Tak Pe Je.










Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan