Rawatan Tradisional Masalah Sendi Lutut
Assalamu'alaikum. Kita kalau dah kena sakit sendi, terutamanya sendi lutut, memang 'hazabedah' ler nak menanggung. Ni bukan main-main punya sakit, weh... tak tunggu nak tua sangat pun, atas nasib la kot. Macam aku ni yang memang dah berbelas-belas tahun sakit saraf, maka tak hairanlah kalau 'awal' dapat merasa sakit sendi lutut ni. Itu pun aku dah berjuang habis-habisan jaga kesihatan, amalkan gaya hidup yang sihat, rajin makan supplement, herba tu, jamu ni, aih segala mak nenek la pendek katanya. Ok, lepas semua menda tu pun, masih sakit lagi? Di situlah terletaknya ujian yang sebenar, kawan-kawan sekalian, dan ia berkait rapat dengan kesabaran dan kepercayaan kepada qada' dan qadar. Dah gitu, kita kena buat apa sekarang, berputus asa? Mestilah tidak... pantang maut sebelum ajal, kan? Kita usaha mencari penyelesaiannya. Macam lirik lagu Westlife, 'No Matter':
And I Will Keep You Safe and Strong
And Shelter From The Storm
No Matter Where It's Barren
A Dream Is Being Born
Tak kisahlah macamana tersumbatnya lorong dan denai kehidupan, jangan sekali-kali kita berputus asa dan menyerah kalah dengan keadaan. Macam dalam keadaan aku yang memang kurang gemar kepada remedi perubatan modern, terutamanya bab bedah-membedah ni, maka aku kena cari alternatif lain. Lagipun takat nak bagi aku telan pain killers, baik tak payah. Hasil konsultasi dengan pakar jamu tradisional dan pengalaman bibik merawat ibundanya jatuh motor dalam bendang, aku cuba cara rawatan tradisional yang menggunakan halia. Sebenarnya kena guna halia bara, lagi mujarab, tapi memandangkan cuma ada halia biasa kat dapur, maka kita gunakanlah mana yang ada dulu, kan? Halia bara ni mahal tau, si merah yang sekali imbas nampak macam lengkuas ni, selonggok pun dah berapa henggit, weh! Barang baik mana ada murah, lagi mau tanya!
Halia tu diparut, dicampur sedikit ragi (yang orang guna buat tapai tu, ya, benar, ragi itu ler), barut baik-baik lutut itu, jangan ikat kuat sangat, dikhuatiri nanti darah tak berjalan pulak. Dia punya berdenyut, kawan-kawan... pergh, memang terbaik! Panas membara toksah cerita ler, hangat macam terbakar kulit nan mulus, tapi apakan daya, dah itu ubatnya, nak sedap pergi makan laksa kari la, kan? Kesannya, alhamdulillah... kalau orang patah kaki pun boleh baik dan kembali berjalan normal, apatah lagi untuk orang-orang yang menderita sakit sendi, Insya Allah dengan izin-Nya, lama-lama nanti boleh masuk marathon Jambatan Putrajaya, mana tau, kan?
Setakat hampir seminggu ni banyak dah perubahannya, cuma kalau betul-betul rehat kat rumah tak pergi ke mana-mana, lagi cepat elok. Macam aku ni takat boleh barut beberapa jam sebelah malam sebelum tidur dan kalau ada masa sebelah petang lepas kerja, maka lambat sikitlah nak betul-betul rasa kesannya. Dah pulak ulang-alik hantar dan ambik anak sekolah setiap hari, bukannya tekan minyak dan brek pakai tangan!
Bilanya aku kena sakit OKU ni, korang tak tertanya-tanya ke? Itulah, baru lagi, minggu lepas, masa aku berkobar-kobar nak gi jogging kat padang seberang rumah tu aje. Belum sempat angkat kaki nak berlari, dah tangkap lutut, adeh! Masa kat Osaka bulan lepas kan aku banyak sangat berjalan, dah pulak musim winter, maka memang saja carik penyakit la kan? Ada satu hari tu masa kat Kyoto, kami sewa basikal dan keliling kawasan Hutan Buluh berapa kilometer jugak, siap ada bukit bukau bagai. Dah keluar urat biru pun kat tepi lutut masa tu, balik KL tak sampai sehari, kena marathon kes 3 hari berturut-turut berdiri dalam dewan. Satu petang tu ingatkan nak la betulkan urat dengan berlari-lari anak kat padang, rupa-rupanya makin menambahkan bencana kat empunya badan. Heheh. Aku pulak jenis degil, dah tak boleh berlari, aku bantai berjalan keliling padang tu cukup sejam. Balik rumah maghrib tu, biru muka menghala ke isyak, tahan sakit.
Kalau ikutkan, sakit tu menyerang lepas raya tahun lepas, bila tiba-tiba aku macam nak pitam lepas mengayuh basikal statik sejam lebih. Panggil orang mengurut dan berehat dua-tiga hari, sembuh semula. Cuma dah tak dibenarkan kayuh basikal lepas tu. Masalahnya badan jadi naik bagai dipam-pam ler kalau takde langsung senaman berbulan-bulan, kan? Aku bersabar jugak la, demi kesihatan, dengar je larangan tu dengan taat, katanya aku cuma boleh jogging ataupun briskwalking je. Itu yang aku cuba nak buat kat padang aritu, tapi apakan daya, dah jadi macam ni la pulak. Kalaulah lepas ni aku takde rezeki nak bersenam apa-apa dah, kena pergi sauna la kot, nak keluarkan peluh sambil mengeyahtoksid dan membuang lemak. Nak suruh diet memang tak ar..!
Ok lah, cukup sampai sini dulu. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment