Detoxification
Assalamu’alaikum. Body Shop ada buat sales sekarang, beli 2 percuma 2: bayar harga yang tinggi untuk dua barang dan yang lagi dua tu dikira percuma. Minggu lepas aku pergi cari pasal kejap kat Eco, singgah sebentar mencuci mata di Body Shop. Apa korang rasa aku nak cuci mata je ke? Memang tak ah.. tercuci sekali dosa kat situ, hokeh? Aku beli dua pencuci muka Oil
Of Life dan bawak balik sebotol setiap satu Shea Butter Body Wash dan Shampoo dengan percuma. Dengan beg kedai Eco kiri kanan tu, aku melangkah pergi dengan perasaan yang berbunga. Tak sabar nak mewangikan diri dengan jayanya balik rumah nanti, haaaa gitieww!
Semenjak dua menjak angkat bendera putih gencatan senjata dengan kopi ni, aku beralih semula kepada teh. Kalau dulu takat black tea seperti Earl Grey, English Breakfast dan Darjeeling, sekarang aku beriya menyukai Chamomile. Memang mendamaikan sungguh rasanya, especially kalau minum sebelah malam.. nescaya berat terbuai-buai je mata melambai katil. Deep sleep, kata orang. Try la kalau korang payah nak lelapkan mata. Cuma harganya mahal la sikit berbanding teh lain, nama pun barang baik...
Ada jugak aku beli Chamomile yang Boh Plantation keluarkan, tapi rasanya tak sesedap mana bagi aku la kan. Cari punya cari, ada la jenama Zesta dari Sri Lanka.. RM15.50 isi 15 uncang, jauh lebih murah daripada Shopee (RM35.00) aku tengok tadi. Benda sama je, tapi harga berbeza sekali ganda, appo?
Kuning bening je teh ni, itu la at least cara yang aku suka minum: bening, tak gemar pekat. Kalau kopi aku suka double triple shots, berbeza halnya dengan teh. Bagus tau benda-benda alami macam ni, boleh detox segala bagai.. tidur pun lebih teratur, bangun awal pagi segar bugar.
Aku ada order loose tea dekat Shopee jugak, duk tunggu bila entah nak sampai. Nanti boleh la aku buat perbandingan dan kongsi dengan korang. Sementara itu, nikmatilah minuman kegemaran anda dengan bahagianya...
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment