Wajib Makan Pagi, Tau...
Assalamu'alaikum. Sarapan pagi wajib kita ambik, tau kawan-kawan, tak payah beriya pun takpe, janji jangan duk skip sebab kononnya nak diet. Kalau korang jenis ambik supplement macam serbuk protein soya ataupun ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran takpe la jugak, tapi kalau segelas air masak pun tak minum terus sampai ke tengahari, uishhh itu menjemput obesiti. Otak kita tak boleh nak rasa selamat entah bila agaknya badan nak masuk makanan, jadi disuruhnya badan simpan lemak buat standby bekalan tenaga. Jadi, jangan sekali-kali kita benarkan itu terjadi, weh... jenuh nanti nak pecahkan lemak tepu!
Ok meh sini aku kongsi satu menu mudah nak buat dan sangat mengenyangkan, iaitu roti bersama poached egg (telur carak). Orang macam aku ni reti guna cara modern je, kalau guna cara klasik sampai ke sudah tak reti-reti lagi. Maka, menu ini memerlukan microwave, ya kawan-kawan. Roti kalau betul nak diet, guna yang wholemeal tau, tapi sekali-sekala boleh je nak guna roti putih, lebih-lebih lagi harganya memang jauh lebih murah kan? Mula-mula, sapulah roti dengan mentega dulu sebelum lapiskan dengan salad dan carrot. Aku malas nak letak timun, tapi lebih elok letaklah kan, the more the merrier kata orang.
Guna cawan teh maçam ni, isikan air panas (suhu 85 atau 90 darjah dah boleh dah) separuh penuh, kemudian pecahkan sebiji telur ke dalamnya. Masukkan ke dalam microwave dan set masa 60 saat (1 minit la kan). Elok je cukup masa, tanpa berlenggang kangkung bagai sila buang air dari dalam cawan dengan cekapnya. Kalau tak nanti, overcooked pulak tak sedap. Akhir sekali, letak ler telur carak yang comel molek itu kat atas bentangan salad dan carrot... tabur serbuk lada hitam dengan garam halus sikit, jangan banyak-banyak. Aku letak serbuk cili, erk... just my personal preference, tak pe je...!
Ada orang kena lapik lagi sekeping roti jadi double, tapi aku sekeping tu pun dah 'ih ah ih ah' jenuh nak perabis, dia punya kenyang tu korang... tak boleh bawak bincang. Dengan cara tu, lunch tak ambik pun takpe dah, tunggu minum petang pulak, sebelum makan malam. Kot la korang nak try buat, kan... dipersilakan jangan segan jangan malu.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment