Paused
As salam. Korang tau, dua-tiga hari ni bilik kesayanganku kat ofis ni jadi kurang selesa. Bau tak menarik duk sambut aku setiap pagi masa bukak pintu. Makin hari makin kuat, sakit hidung aku. Jenuh carik punca, tak jumpa-jumpa. Masuk hari ni, aku dah jadi sakit hati. Nasib baik setiap Jumaat ada sorang kakak ni datang cuci ofis. Aku mengadu la kat dia pasal bau yang menyakitkan hidung dan hati aku tu. Dia pun tak jumpa gak mula-mula, sehingga la dia mintak izin nak ambik bakul sampah kat bawah meja aku. Hek Eleh.. ada sisa jagung rebus rupanya dalam tu. Kemudian aku ingat, Bibik ada kasi bekal jagung rebus baru-baru ni bawak kat ofis. Patut la duk bakar lilin aroma terapi tak jadi-jadi nak wangikan keadaan.
Lepas ucapkan bye-bye kat my BFF, Puan Sue N lepas lunch tadi, aku disambut bau yang nyaman dalam bilik pujaan hatiku itu. Alhamdulillah. Kalau tak, mesti kacau kenyamanan hatiku sepanjang hari. Tak pasal-pasal jadi moody pulak, susahkan orang lain. Itu la kuasa bau terhadap Puan Tak Pe Je. Dari hidung turun ke hati la gamaknya, kan?
Maka, sesuai la dengan kepenatan otak, badan dan juga perasaan sejak dua menjak tiga menjak ni, aku terlena dalam bilik dekat sejam lebih. Pukul 4pm baru terjaga. Lemau je rasa badan. Tapi at least hilang la rasa penat. Nasib baik kerja sendiri, kalau tak mau nya kena luku dengan Boss duk tido siang-siang buta kat ofis. Tapi ye la, kan. Takde la pulak working hour yang tetap untuk orang-orang macam aku nih. Nampak macam senang je, masa sangat flexible. Padahal, lagi takde rehat sebenarnya. Round the clock kebiasaannya kerja. Marketing kena buat. Kerja kena buat. Dah namanya pun hidup berkerjaya. Aku takde nak komplen apa-apa. Cuma ada masa-masanya rasa macam nak ambik cuti panjang, lari dari kesibukan duniawi ini. Chewah.. Nampak sangat masih mamai.
Anyways, hari ni aku dah tak payah susah hati lagi pasal bau tak best dalam bilik ofis. Minggu depan boleh la memerap dalam ni selesaikan banyak benda. Dan bantal yang selama ni disimpan dalam surau tu tak payah lagi tunjukkan muka, apatah lagi nak berkhidmat kepadaku. Itu la azamku pada hari Jumaat yang mulia ini. Adeh. Lapar pulak rasanya. Maklum la tadi sibuk berborak je dengan Sue N sambil menikmati cendol pujaan hatinya itu. Laksa yang dipesan sikit je bersentuh, kuah cair sangat, payau pulak aku nak telan. Maka kami rakyat Malaysia saat ini berikrar akan balik makan nasi dengan banyaknya kejap nanti.
Pembaringan |
Demikian la tadi satu entry yang sungguh tidak sememeh. Tapi tetap membantu untuk menjejakkan kakiku semula ke tanah. Kat luar kedengaran guruh berdentum-dentum. Agaknya hujan dah membasahi bumi. Malas pulak nak berhujan ke kereta. Payung nampak gayanya dah kosong kat pasu khas tu. Maklum la, minggu ni hampir setiap hari hujan sebelah petang. Semua duk pakat ambik payung tapi tak kembalikan ke tempat asalnya. Aduhai. Jadi, lepak la dulu selesaikan dua-tiga perkara. Tak lari rumah dikejar. Meantime, baik aku pergi minum Earl Grey Tea kat pantry. Buat mengalas perut yang dah berkeroncong lagu Metal.
Sekian, wassalam.
Comments
Post a Comment