Dulu, Kini dan Selamanya
As salam.
Hari ni aku tetiba terdengar lagu lama Hindi kat kedai mamak.
Tak sempat nak kontrol macho, dah terluah reaksi spontan.
Itu la pasal, perangai kat rumah jangan bawak ke kedai!
Ish, kacau betul.
Tak bleh nak tolong, weh..
Dah memang teramat sangat minat lagu tu.
Bukan selalu ada peluang dengar kat kawasan aku pun.
Lagipun satu-satunya kedai mamak yang aku biasa lepak, kat Pelita Ampang.
Depa tak pernah la setakat ni pasang lagu Hindi pun.
Agaknya sebab crowd depa multi-racial kot..
Dulu masa kat Sungai Pusu ada satu filem Rani Mukherjee.
Aku masa tu tak minat kat dia.
Tapi sebab ada medley lagu2 lama Hindi dalam filem tu, aku jadi minat.
Duk ulang part medley itu aje la pun.
Dekat nak abis medley yang panjang dalam Mujse Dosti Karoge ni,
ada lagu yang tiapkali aku dengar mesti lupa diri.
Walaupun kejap aje, pastu waras balik. * wink * wink
Happy semacam aje kalu dengar lagu tu.
Tajuknya: Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche.
Maksudnya hubungan cinta depa tu duk jadi buah mulut semer orang sekarang.
Lebih kurang macam tu la.
Aku tak paham pun xde hal, sebab aku memang gila kat melodi lagu tu.
Bunyi dia macam comel yang amat.
Especially tang 'Accha?'
~ Mak ai... nak pitam ~
Aku rasa sebab aku dibesarkan dalam kaum keluarga yang suka cerita Hindi,
secara tak langsung dah pengaruhi taste aku kat kain saree.
Aku rasa la.. sebab saree kan takde motif floral.
Duk perati baju2 kurung aku pun memang banyak yang plain.
Takpe, ada duit besok akan kubeli lagi saree baru tambahkan koleksi.
Sempena terdengar semula lagu pujaan hatiku itu.
Now aku nak tido dulu, besok banyak lagi keja menunggu.
Macam biasa, jadi supermom.
Kan?
Ni la lagunya, enjoy!
Dengan segera masuk senarai warna saree terbaru dalam diari.
Heheheh.
Aku dah banyak baju.
To Kya?
Comments
Post a Comment