2 Syawal 1440 Hijrah : Kaftan Kurung
Assalamu’alaikum. Entry ni lama terperap dalam draft, sebelum menjadi pekasam ada baiknya kita keluarkan ia, kasi CPR apa adanya. Sepanjang Ramadan, aku ada siapkan beberapa pasang baju untuk dipakai pada hari raya. Disebabkan praktikal dan selesa, aku buat keputusan untuk jahit sepasang kurung kaftan dan dua helai dress kaftan. Kurung kaftan tu aku pakai pada hari raya kedua, seharian suntuk tanpa rasa melekit mahupun berkicap, walaupun dilapik dengan inner kat bahagian dalam. Pengudaraan yang cukup membuatkan aku bebas bergerak dengan penuh yakin.
Pelik sikit bila boleh minum siang hari, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Tapi itulah dia, terus sibuk mencari secangkir kopi untuk memulakan hari. Sedap jugak latte Dunkin Donuts kat R&R Gambang, menyesal tak beli dua gelas, dah kena kongsi dengan cik abang. Sebenarnya aku dah tanya, dia yang tak hendak, mungkin sebab tak yakin akan menepati selera. Sekali bila minum, eh.. sedap la pulak! Takpe la, sesekali pakat minum sikit sorang, dah selalu overflowed in abundance kan...?
Suka hati je bawak handbag tak matching, takpe je la, malas nak fikir, angkut je mana yang dah sedia dipakai sejak sebelum cuti raya. Yang penting boleh muat segala benda sekali harung. Tahun ni aku tak sempat nak kisah bawak beg asing untuk keluar beraya macam tahun-tahun sudah. Makin tua macam tu la gamaknya, konsep lebih kepada bedal aje ler...
Shawl raya ni lawa warnanya, lembut kainnya dan sesuai betul dengan baju aku, tak gitu? Aku beli kat Ariani Kuantan, sekali dengan shawl bercorak lembut yang aku pakai raya pertama. Jenuh la jauh pergi beli shawl, ya? Dah tu memang langsung tak sempat nak masuk pusat bandar KL sepanjang Ramadan. Hidup banyak berkejar hantar dan ambik anak, sebab dia balik seawal jam 3 petang, makanya teramat terhad aktiviti mummy. Malam dah sibuk terawih pulak, itu yang takde jenguk tempat-tempat shopping macam tahun-tahun sudah.
Bagi yang nak mencuba, apa kata try tempah atau jahit kaftan kurung sekali sekala? Confirm korang tak menyesal punya!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment