Oh My Kening Sinchan!
Assalamu’alaikum. Semalam konon-kononnya malas la nak bukak lampu siang-siang hari dalam bilik masa mekap, kira cukup dengan cahaya matahari sebab dah selak langsir ikat tepi. Nama pun rabun, kening siap jadi macam Sinchan dan celak tak sekata sebelah kiri kinan, haaa tepok! Itupun lepas snap gambar selfie, kalau tak confirm keluar cenggitu aje, maklum la confident level tahap dewa kekdahnya.
Apa aku buat adalah, bila dah sampai dan park kereta dekat Pusat Komuniti Setiawangsa, suruh anak bertuah dan kawannya turun dulu, aku cuba baiki mana yang patut tak nak kasi tebal sangat garisan celak di kening. Badan tak berapa selesa, sikit lagi nak give up dan cari tandas cuci muka biar polos pergi masuk majlis orang. Akhir sekali aku gosok dan ratakan aje kening dengan jari, suka hati ko la nak jadi apa, labu!
Makanan di majlis kakak kawan Azieq petang tu boleh tahan jugak sedap, Pok De Catering katanya, sajian istimewa Briyani Johor. Tapi lauk kenduri dah macam sepesen je rasa seluruh Lembah Kelang ni, entah la kot aku je yang tak berapa betul deria, mungkin. Nak cari citarasa kampung gulai kawah kenduri Kuala Terengganu takkan ada kat sini, kan? Masa kenduri adik lelaki aku dulu buat kat Temerloh, mak sendiri masak gulai kawah Terengganu, terkesima semua makhluk mana yang merasa, haaa baru tau apa dia lauk kenduri ala Ganung!
Macam biasa, takde gambar dengan pengantin baru... lagipun aku kenal mak ayah dengan adik dia aje, segan pulak nak ganggu sahabat handai dan sanak saudara yang menunggu giliran untuk mengabadikan kenangan. So, kita ambik gambar random sudah, asalkan tak menyusahkan tuan rumah.
Pertama kali aku jejakkan kaki di Pusat Komuniti Setiawangsa, teruja jugak tengok keluasan dan kecantikannya. Tapi iya lah, semua gambar duk ada kelek botol air masak kaler merah, ko rasa? Bukan apa, nak letakkan kat tepi takut terlupa ambik nanti, lagi susah. Casual je aku pakai petang semalam, gantikan kain batik lepas dengan seluar slack berkaki besar warna hitam. Nak kata palazo bukan, lebih kepada slack gitu, yang penting tutup aurat sudah.
Sebenarnya ada kaunter Photo Booth, cuma aku kasi laluan kepada orang lain dan anak-anak muda beraksi depan kamera. Jenuh kawan Azieq ajak, “Meh la auntie join sekali...!” Senyum je la kan, “Eh takpe, takpe... korang je, auntie tak payah!”. Takde gang sebaya, kelakar pulak nak join remaja 15 tahun, kacau daun aje karang! Aku tak sabar nak balik rumah, dorang tak tau.
Aku dah selalu lepak dengan kawan-kawan Azieq ni, dorang selesa dengan aku sebab sporting kan? Nak pergi mana-mana pun dorang tak segan nak mintak tolong hantarkan, kadang-kadang aku berseloroh gelarkan diri sendiri “grab driver” budak2 tu. Seronok merasa ramai anak, takde hal nak melayan dorang selagi mana mampu.
Sekali tengok Azieq rapat dengan kawan2 dia, teringat kawan2 sendiri... bermula dari remaja sampailah sekarang, masih lagi berkasih sayang penuh ikhlas. Mudah2an Azieq pun macam tu la dengan kawan2 dia, aku tumpang bahagia.
Kebetulan sama tema pulak warna baju Azieq dengan keluarga pengantin, tergelak aku kat dia. Okay la tu dah bergambar dengan tuan rumah boleh la mengundur diri, zuhur pun belum solat lagi kan. Selesai satu tugas, alhamdulillah... Balik rumah, sambung hibernasi demi merehatkan badan yang lemau.
~ Nai at Tak Pe Je.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment