Sehari Secangkir Kopi, Kisah Tak Pe Je
Assalamu’alaikum. Aku setiap pagi macam jugak coffee addicts yang lain, memang kena mintak nyawa sebelum mulakan kerja. Kadang-kadang selepas subuh aku dah start brew coffee, letak dalam thermos untuk suami dulu sebelum pergi hantar anak ke sekolah, balik tu buat pulak kopi untuk diri sendiri. Tapi ada masanya aku buat siap-siap, heret thermos berisi café latte dan minum pelan-pelan sambil memandu. Tengok keadaan la macamana, takde la statik langsung tak berubah. Gambar ni aku ambik pagi Jumaat, lepas hirup seteguk kopi, susu rasa pelik, baik jangan teruskan minum, karang sakit perut jenuh jadi penunggu tandas tak keluar-keluar. Ini la lecehnya bergelumang dengan arena café latte, sebab susu segar memang cepat tak elok.
Penyimpanan susu segar tak semua orang faham, macam bibik sampai sekarang tak faham-faham lagi, ataupun malas nak ambik pusing, apa susah tak elok bukan dia yang kena beli lain, kan? Kalau dah keluarkan dari peti, jangan berlama-lama di luar, cepat-cepat masukkan semula. Simpan pulak, jangan di rak tepi pintu peti, itu tempat yang paling tak sejuk dan tak sesuai untuk mengekalkan kesegaran susu. Lalu di mana, coba? Ya, di dalam lah, seharusnya di tingkat 1 karena di situ suhunya bagus buat awet susu, lagipun jangka hayatnya 3 hari selepas dibuka. Peti pulak kena lancar pengaliran suhu, jangan disumbat macam stor buruk sampai pengudaraan dah tersekat teruk, dah tu macamana nak kasi susu tetap segar? Kita bising karang orang kata cerewet, lalu bagaimana? Kita campur susun atur karang, kata tak percaya dia tau buat kerja. Itulah dia asam garam sebuah perhubungan antara bibik dan majikan, tak banyak beza pun dengan perhubungan-perhubungan lain. Yang penting, kena bijaksana dan bijaksini mengawal emosi sendiri. Selebihnya, buat la setakat mana yang terdaya. Nak paksa-paksa diri sangat pun takde faedah, buat menjemput sakit itu sakit ini aje. Jangan lupa, kanser suka pada jiwa yang kuat menjeruk rasa.
Jadi, bawak-bawaklah bertenang, minum kopi dulu setiap pagi. Kalau boleh, jangan taruk gula tau, sebab senyuman kan dah cukup manis menjemput semut? Gitieww... dan yang penting, jangan lupa banyakkan air putih, kira macam bilas la lebih kurang, dah masuk kafein dalam badan kan, lagi mau tanya. Oh ya, kopi yang bagus untuk kita ni kopi segar, ya... yang kita grind daripada biji, bukan kopi segera ke 3 dalam 1 ke, bukan, itu tak termasuk dalam kategori yang aku duk borak dari tadi. Tapi jangan pulak korang kata aku condemn orang yang suka minum kopi macam tu, jauh dari niat sebenar. Itu kan preference masing-masing, siapalah aku nak menghakimi? Tinggal lagi, kalau dari segi kesihatan dan khasiat, kopi segarlah yang bagus, itu adalah fakta bukannya auta.
Sekarang ni, toksah kita duk panjangkan cerita karang bergaduh pulak, tak best la kan Syawal baru lepas dah nak masam muka bagai. Heheh. Ok la aku nak kena keluar selesaikan kerja hujung-hujung minggu ni, jadi drebar anak dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment