Sehelai Songket Berwarna Zamrud
Assalamu’alaikum. Suatu petang Jumaat lepas balik kerja, aku jalan-jalan kat Aeon AU2 sementara menunggu solat Maghrib dan jumpa client. Biasalah window shopping kan, bukan ada nak beli apa-apa pun. Sekali terpandang la tiga empat helai songket yang dah siap berjahit, dan mataku ini melekat pada songket berwarna hijau zamrud. Aku dan hijau memang takkan terpisah selama-lamanya. Jadi, sudah pastilah aku membelinya tanpa perlu berfikir panjang, lebih-lebih lagi harga dan saiznya teramat memikat jiwa.
Songket ni dari India, mungkin digital dan bukan tenunan, sebab bahagian dalamnya takde pun benang-benang kait segala. Panjang dan lebar saiznya, dah macam sarung pun ada... sesuai sangatlah dijadikan skirt. Harganya pulak RM69 (je) berapa kali aku telek, macam tak percaya, biar betik? Takkan la aku nak biarkannya kegersangan tergantung sepi di situ aje, gila ke apa? Bawak balik rumah, hari Sabtu aku dah mulakan projek menjahit. Kejap je siap, nama pun buat skirt, bukannya susah sangat. Chewah... statement poyo!
Aku beli sehelai kebarung moden berwarna hijau di salah sebuah kedai di Aeon Big Wangsa Maju, dapat RM60 harganya selepas diskaun. Pakai dengan songket zamrud tu, terasa bagaikan wanita Melayu terakhir puloks! Hehehe seriously aku suka, suka, suka!!! Nanti try jenguk tempat yang sama, mana tau ada lagi warna lain yang menarik hati. Masa tu tak berkenan pun warna lain, bajet bukannya ada sangat, lagipun.
Sementara itu, kita kerja la dulu rajin-rajin, terima kasih sudi baca. Assalamu’alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment