Arkib Seminggu, Lebih Kurang La...

Assalamu’alaikum. Alhamdulillah selesai sudah puasa sunat Syawal dan qada' untuk tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 2019 Masehi. Sempena meraikannya, aku order Nasi Kandar Pelita melalui aplikasi Grab Food, hanya untuk dikecewakan.  Haish,  tak sedap macam yang aku makan kat restoran Pelita la pulak makanannya. Ayam merah yang aku selalu makan tu lain,  ayam kampung,  tapi ayam yang disediakan untuk pelanggan Grab Food bukan ayam kampung. Nasib baik la dua malam sebelumnya aku dah ajak pakwe teman makan nasi biryani kat Pelita KLCC sana,  kalau tak mau kempunan telur tembakul Mak Lom kau!  


 Bila dah habis puasa, maka kembalilah aktiviti minum kopi seperti biasa. Aku ada beli thermos lawa kat Mr. DIY,  kulu kilir duk kelek benda tu tiap pagi. Ada satu lagi mug yang dah dijadikan koleksi,  lembut sangat-sangat warnanya, pink hala ke lavender. Masa aku minum sekali dengan cik abang,  aku kasi dia yang warna turqoise dan aku guna warna pink. Walaupun macam nampak rendang sikit berbanding thermos Starbucks, muat lebih kurang sama je kopi dalam tu. Harganya RM18 lebih kalau kita beli barang lebih daripada RM30 kat Mr. DIY. Kalau tidak,  harganya RM30 lebih. Masih lebih murah daripada thermos Starbucks, RM100 lebih sebiji. Yang lebih istimewa bagiku adalah warnanya, pastel lembut mendamaikan jiwa. 


Makanya, gembira la aku minum kopi pagi-pagi sebelum masuk ofis.  Kadang-kadang siap bawak ke ofis,  sebab tak sempat nak habiskan kopi kat rumah,  urgent kena siapkan kerja. 


Sebelum hari Sabtu minggu lepas,  aku praktis masak gulai ayam pencen dengan Instant Pot pressure cooker,  nak tau berapa minit yang elok empuk daging. Kalau dalam kuantiti yang sedikit,  5 minit dah cantik hasilnya,  tak terlalu keras mahupun empuk, sedang elok dimakan dengan syarat kita ada gigi. Macam suami aku, dia prefer liat sikit, tapi mak pulak suka empuk lagi. Jadi kena buat dua hidangan berbeza,  demi menggembirakan hati mereka. 


Mak kata lagi best guna rempah gulai kawah Terengganu berbanding Adabi kalau masak gulai ayam pencen. Aku angguk je,  takpe kali ni kita guna Adabi dulu.. Nama pun nak try,  kan?  Pujukan aku menjadi, phewww... nasib baik! 


Menggunakan pressure cooker ni kita kena rajin try and error,  sebab takkan sama sedebik dengan jenama lain. Noxxa lain,  E-want lain,  Russel Taylor lain,  Instant Pot pun lain, tak boleh pukul rata je.  Kalau Instant Pot 5 minit setting untuk ayam pencen dah elok, Noxxa kena lebih 15 minit selepas ditumis.  Ada resipi siap tulis 40 minit awal sampai akhir.  Tricky sikit la,  tapi berkat kesabaran insya Allah takde masalah. Kita yang buat dia,  bukan dia yang buat kita. 




 Ini pulak kisah aku lepak kat tingkap ala Bali di Manjakaki Foot Reflexology & Spa,  Aeon Big. Sebelum ni ada dua tiga kali jugak aku menjadi pelanggan spa ni,  memanjakan tangan,  kaki dan badan hujung-hujung minggu.  Tapi sejak tukang urut peberet aku dah tak keja kat situ lagi,  idok ler aku pergi dah.  Urut ni bukan boleh sembarangan je, kena cari yang serasi dengan kita.  Kalau tak, buat sakit jiwa je.. Duit habis,  urat tetap macam dawai. Sekarang aku dah jemput dia datang rumah, kendurkan urat saraf aku ni setiap bulan,  dah namanya jadi freelancer, tak payah la dia base kat spa lagi. Aku prefer macam tu, kan lebih praktikal tak payah keluar rumah pakai tudung bagai. 


Ok la,  cukup sampai sini dulu arkib seminggu kali ni.  Tak sempat nak update blog religiously sekarang,  tak terkejar dek tangan.  Terima kasih sudi baca,  jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan