Kisah Tungku, Durian & Mocha

Assalamu'alaikum. Hari ni ada extra service daripada tukang urut bulanan, iaitu bertungku satu badan. Pergh... heaven on earth, to the moon and back gitu rasanya! Satu tip yang aku belajar daripadanya, tungku perlu dibalut dengan aluminum foil dulu selepas daun mengkudu/sirih/pisang suka hati ler kan, barulah tak terbakar tuala dan kain batik yang digunakan. Cuma bau takde la sewangi dan sekhayal tanpa aluminum foil, itu pada pandangan peribadi aku. Tinggal lagi, apa ada hal wangi ke tidak, yang penting lemak berketul boleh dipecahkan, urat bersimpul boleh dikendurkan. Bak kata dia, badan kamu nanti jadi macam ubi yang dah masak, enak dimakan begitu saja. Oh Gardenia! Heheh adoi comel sungguh perumpamaan orang Medan ni, ya? Sis terhibur teruk!


Mak ajak pergi Mydin Subang, nak beli tudung katanya, amboi bapak jauh kau! Tak berbaloinya lahai nak murah punya pasal, aku pujuk dia pergi yang dekat-dekat sudah. Elok aku terus bawak dia singgah kiosk Jahan’s kat Aeon AU2, turun kereta jalan kejap dah boleh pilih tudung. Dapat 3 helai tudung sarung teratai kain sifon, dia ajak pergi beli madu Al-Syifa’ Black Forest. Lepas tu bawak masuk Watsons sebab dia nak beli BB foundation powder Silkygirl, dah berkenan pulak lipstik Red Chilli SimplySiti. Lama dia tak pergi shopping katanya, asyik aku je bawak balik segala menda kasi hadiah. Tapi tak bermakna dia berjaya bayar semua benda tadi, pandai la aku mengelat, kan? Tak kasi belanja semua tudung, aku bayar sehelai dan cepat2 ambik madu pergi bayarkan sebab mak jalan lambat, dia kan athma. Cuma kat Watsons dia lagi terer, masa aku ralit belek BB cushion dia bawak lari bakul. Hurmm... macam aku tak nampak, takpe la kasi chance.


 Lepak kejap kat Starbucks, mak minum Hot Chocolate, sedap katanya. Aku minum caffé mocha dengan whipped cream, semenjak dua tiga menjak ni aku beralih arah kepada minuman lain kalau masuk Starbucks. Bukan apa, payah nak dapat rasa authentic caffé latte macam dulu-dulu kat kebanyakan outlet, lagi sedap aku buat sendiri kat rumah. Bunyi berlagak gila kat situ, tapi maafkanlah, dah memang macam tu bagi aku. Taste kita kan beza-beza, jadi kita respect sama sendiri sudah la kan? Haa... gitiewww!


Sebelum masuk waktu Asar, kami bergerak keluar dari Aeon dan singgah di gerai jual durian kat tepi jalan. RM8 sekilo, lelong sebab durian merekah, tapi isinya mak ai punya la elok, lemak berkrim. Bawak balik rumah, makan depan pintu weh... sambil perisi masuk dalam tupperware sebab tak nak kasi berbau satu rumah. 3 ulas aku makan, kira boleh tahan banyak tu bagi aku yang jarang-jarang datang rasa nak layan durian. Buat pengat baru beriya aku hadap. Lepas tu aku cari dalam you.tube cara-cara nak buat minuman mocha, laaa... campur koko je, yang lain sama macam buat caffé latte. Hokeh, nak kena tambah koko dalam koleksi lepas ni nampak gayanya. Itu pun kalau tak kena rembat dek bibik, bubuh dalam kek dia, bukan boleh aci tu, pantang alpa. 

Sementara tu, korang jaga diri hiasi peribadi, ok... terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan