Max Tag : Adiwira Terhebat Di Jalan Raya.

Assalamu’alaikum. Siapa je yang tak frust dengan Smart Tag edisi kedua, cuba bagitau aku? Smart tag keluaran pertama bukan main elok, sampai tahap orang sanggup pecahkan cermin kereta la nak curi. Datang edisi kedua, dah ke laut mabuk darat segala bagai jadinya, berapa kali nak kena pergi tukar pun tak tau nak cakap. Sampai budak kaunter pernah terus terang kat aku, “kalau akak tukar lagi pun sama je kak, memang banyak isu pun Smart Tag ni, tak macam yang dulu”, katanya. Soalan seterusnya yang terpacul dari mulut tak insuranku ini, “Dah elok2 tu duk sibuk tukar baru kenapa?” Macam la aku tak tau jawapan yang bakal aku dengar, “Kita orang ni pekerja bawahan je kak, semua ni kerja orang atasan...” Aduhai, apa lagi yang mampu aku katakan selain “Iya la dik, kita sama je... jadi mangsa”, sambil berlalu pergi dengan hati yang bengkak.

Fast forward dua tahun, memang aku duk guna lorong TNG aje ler, Smart Tag aku tukar bateri baru pun tak berfungsi, nak buat tukun pun tak laku. Sehinggalah Max Tag muncul dalam hidup ini, memberiku nafas baru. Keluaran syarikat sama yang bikin Smart Tag Edisi Pertama, Max Tag terbukti sangat stabil dan berfungsi jauh lebih baik daripadanya, bayangkanlah! Nak banding dengan Edisi Kedua memang jauh panggang dari api! 

Korang boleh beli kat Shopee atau Lazada, berlambak ikut hati berkenan yang mana, harga tak banyak beza pun. Aku punya RM140 aritu beli, free shipping. Ada yang jual sekali dengan kad TNG, kalau rasa nak tambah koleksi boleh la beli. Macam aku guna TNG mana yang dah sedia ada je, buat apa beli baru? 




Sejak ada menda ni, otak aku rasa lega yang amat bila nak lalu jalan yang ada tol. Tak perlu rasa saspen fikir yang bukan-bukan, lancar sungguh perjalanan di lorong Smart Tag. Dia macam tak menyempat-nyempat nak tangkap signal dan jampi biar pagar penghalang terbuka luas. Sepantas kilat ada kot? Begitulah perumpamaannya,  nak bagitau bagus yang amat sensor menda alah ni, terbaik dari ladang la, pendek kata. 


Aktiviti menghantar dan menjemput anakanda menjadi lebih mudah dengan adanya Max Tag ni, maintain je duduk lane kanan menuju lorong Smart Tag dengan penuh keyakinan yang teguh. Tiada lagi rasa gusar mahupun was-was apakah akan keluar perkataan “Tiada Smart Tag” ataupun “Sila Sentuh Skrin”? Perasaan yang tenang sepanjang pemanduan itu bagi aku adalah satu rezeki yang tak terbandingkan. Muka pun ada senyum, adik manis...!


Kudos to Max Tag, andalah penyeri hidup kami. Hip Hip Horey!

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan