Kupilih Hijau Tanda Kedamaian Nan Abadi

Assalamu’alaikum. Tahun ni open house macam takde kesudahan di sekitar Lembah Kelang, mungkin berlarutan hingga Aidil Adha, ah sudah! Kami di pejabat terpaksa lupakan hasrat nak buat potluck panggil kawan2 despatch, cleaner dan jiran depan tangga macam tahun lepas, banyak pulak halangan mendatang, apakan daya. Tapi walau bagaimanapun, Alhamdulillah diizinkan Tuhan buat makan-makan antara sesama kami hampir seminggu selepas berakhirnya Syawal. Atas permintaan, aku kekalkan menu utama macam tahun lepas punya: nasi arab versi bonda, kari kambing dan udang masak merah. Bezanya aku tak kasi pakwe beli kuih, cukup buah-buahan aje, sebab memang tak termakan semua tu. Lagipun desert aku dah buat koktel yang confirm selalu laku keras dan tak pernah menghampakan. Hasilnya, sabo aje ler tengok depa makan, aku tumpang bahagia.


Aku pakai baju kebarung lama, jodoh dengan skirt songket kesayangan arwah ayah, yang bertahun-tahun ambik masa nak pujuk dia bagi kat aku. Bila akhirnya dia kasi, aku hantar tempah jahitkan sehelai kain payung yang makin lama makin sukar celus dek kerana bumper terlebih muatan. Hurmmm... ini pun bertuah la muat semula, maklum la lepas puasa. Nanti menghala ke raya haji, belum tentu lagi!


Anak2 buah bukan main manja lagi nak menempel masa Maklom bergambar dengan staff, layankan aje apa ada hal? Pakai baju tidur pun boleh aje, kan? Lawa jugak kaler pink gambar kartun Disney, rasanya Maklom belikan aritu tapi entah la dah tak berapa nak ingat, Maklom kan dah warga emas bak kata YB Syed Saddiq. *tetiba.


Oh ya, Bokitta hijau tu elok sangat masuk dengan baju aku, kan? I loike...! Tapi pakwe aku kata nampak tua pakai Bokitta, tudung orang tua katanya. Aku jadi, what? Eh, takpe la memang dah tua pun, sambil sengih tak ambik port, sebab Bokitta bukannya tudung orang tua dan ye lah, 43 tahun mana ada mudanya lagi? Berapa lama entah talian hayat yang masih berbaki, insaf tak Mak Lom? Mana yang tetap tak boleh move on dan tetap nak mencari jalan menghancurkan orang lain tu, bawak-bawak la bertaubat, ya. Esok2 susah tau nak merangkak mintak maaf kat Padang Masyar. 


 Maklom tetap macam ni, buatlah apa pun... mencipta dan menyebarkan kasih sayang dan kebahagiaan selagi daya. Korang tak puas hati apa benda pun entahlah, semoga dilapangkan fikiran dan hati untuk mencari erti sebuah kehidupan, sebelum mata terpejam dan pintu taubat tertutup rapat. Insaflah wahai ummat!


Sementara itu, selamat berkasih sayang kerana Allah. Esok mudah-mudahan kita dijemput Allah untuk bernaung di bawah payung khusus untuk orang-orang yang berkasih-sayang kerana-Nya, bersahabat dan berjiran di Taman Firdausi, yang dipenuhi kebun bunga, buah-buahan dan sungai yang mengalir tanpa henti. Terima kasih daun keladi, nanti jemput datang lagi. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan