Mesin Kopi Kapsul

Assalamu’alaikum. Dah masuk waktu minum petang, korang minum kopi ke teh ke milo ke apa dia? Aku dari hujung Oktober tahun 2020 tak suka minum kopi letak susu fresh, entah masuk angin mana pun tak tau. Kadang-kadang kalau habiskan kopi pakwe tinggal atas meja pun rasa nak muntah hijau, apatah lagi minum segelas, memang tak ar! Jadi, aku minum la black coffee macam mula-mula aku start menceburi arena pengopian, zaman anak dara pingitan minum kopi cap Kapal Api. Lepak pulak sebelah arwah nenek yang terlebih macho, sebelah tangan pegang cawan kopi O kaw dan sebelah tangan lagi pegang rokok Dunhill. Kaki mesti silang panggung, tak boleh tidak, ko rasa? 


Sekarang ni ada jual mesin kopi kapsul yang datang dengan 3 tray berbeza: kapsul Nespresso, kapsul Dolce Gusto dan serbuk kopi. Aku macam, “Omaigaddddd!” terus takde dakwa dakwi mahupun berfikir panjang ke apa ke, yang aku tau mesin kopi itu mesti menjadi milikku sesegera mungkin! Letaknya tak lain tak bukan, di sebelah Arissto. Bila dah ada mesin kopi style kapsul, memang lebih mudah nak sediakan terutamanya bila tengah nak cepat. Tinggal lagi kena beli kapsul pun satu hal jugak, benda bukannya murah. Jadi, kena ikhtiar cari penyelesaian untuk lebih berhemat. Samada kita recycle kapsul yang sedia ada (banyak je video orang share dalam you.tube) ataupun satu lagi cara adalah beli kapsul yang boleh diulang pakai, sesuai dengan dulang Nespresso ataupun Dolce Gusto. 


Macam ni akan jadi lebih jimat, of course.. sebab kita isi dengan serbuk kopi yang kita kisar sendiri. Beli biji kopi yang dah siap panggang, pandai-pandailah kisar dengan pengisar kering rempah ratus dapur tu. Tak pelu pun keluarkan duit lain untuk beli mesin pengisar kopi, kecuali memang korang minat nak tambah koleksi barangan kopi kat rumah. Aku setakat ni manfaatkan apa yang ada kat dapur je, ikut halus mana serbuk yang sesuai dengan mesin kopi. 


Aku pasang niat nak sediakan 1 lagi mesin kopi kapsul yang guna K-Cup dan siapkan sekali kapsul ulang pakai, khas untuk bawak balik kampung biar mudah kerja. Lagipun kalau mesin kapsul ni, tak perlu kemahiran untuk dapatkan espresso yang tepat macam mesin kopi semi automatik. Janji isi serbuk kopi ikut skala yang dah sesuai dengan bekasnya, tekan suis sekali je dah selesai.. tunggu je sampai mesin berhenti sendiri. Memang la hazabedah jugak nak ajar bibik mula-mula sebelum pandai, tapi apa ada hal, kalau dia tak nak buat aku pun boleh je buat sendiri. 


Di mana ada Nai, di situ ada mesin kopi! Kira macam, will you marry me? Haaa... gitiewww.


Yang penting, hidup kena relax jangan suka propa ataupun cari gaduh. Kekal tenang dan senyumlah dari hati. PKP sambung lagi, kan...

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan