Memburu Rindu Di Angin Lalu

Assalamu’alaikum. Antara salah satu daripada himpunan nikmat yang terasa sangat ditarik sejak pandemik covid-19 menakluki bumi adalah kebebasan bergerak. Selama ni mungkin kita tak perasan pun, tapi apabila hidup bagaikan terkurung dek keadaan sebegini rupa, barulah sedar betapa pentingnya kebebasan bergerak ke sana ke mari. Siapa sangka ruang udara dunia sekarang menjadi terhad dan syarikat-syarikat penerbangan terjejas teruk sampai kena berhentikan ramai pekerja. Begitulah kita diingatkan tentang siapa yang Maha Berkuasa, kita ke Dia? Nak sombong sangat kan... terciduk kat situ, ambik! 


Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ‘terlepas’ ke Langkawi bersama pakwe, bukan skandal ya. Banyak lagi Enrich miles yang belum digunapakai, sebelum tamat tempoh sah diperlakukan, kami gunakan sebaiknya. Ajak anak ikut sekali, takde nya dia hendak, bukan tempat yang dia suka baik jangan dipaksa, nanti dia tunjuk muka tenuk, kita pulak terasa. 


Kami tak bersesak-sesak di tempat awam, ya kawan-kawan... beli makanan tapau bawak balik ke homestay. Petang hari ronda-ronda menikmati matahari terbenam, memang tak campur dengan orang, buat hal sendiri je, social distancing tahap maksimum! Dengan skirt dan sandal wedges, aku turun mencari port baik punya untuk mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan panorama langit senja nan jingga. Siap gunakan sandal itu sebagai tripod untuk rakamkan gambar berdua, kreatif tak? 


Di kejauhan ada sekumpulan keluarga yang memancing ikan, pelik agaknya dorang tengok kami berdua sibuk posing beriya. Tapi takpe, apa ada hal? Aku takde masalah pun, takat nak tengok-tengok pandang-pandang dari jauh.

 
Homestay kami pun jauh masuk ke dalam, memang sengaja nak menyorok. Penat dah hidup ramai-ramai, rebut peluang bersantai penuh damai barang sehari dua, sebelum kembali ke dunia nyata. 

Satu keputusan yang tepat, itu je aku boleh cakap. Segala kekusutan letak tepi kejap, pikir sampai pecah kepala pun bukannya boleh selesai. Banyak keadaan sebenarnya berada di luar kawalan dan ruang lingkup keupayaan kita sebagai manusia, takde maknanya nak menongkah arus melawan takdir. Apa yang dah ditakdirkan, tetap akan terjadi walau diterjang onak dan duri. Memujuk hati untuk redha apatah lagi, takkan mungkin semudah ucapan di bibir. Hakikatnya tetap pahit untuk ditelan, justeru memerlukan masa untuk berdamai dengan hati.

Namun begitu, pilihlah untuk kekal tenang dan senyumlah dari lubuk hati yang paling dalam. Kita mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Salam penuh kasih sayang dari perempuan yang tak suka berdendam, sampai jumpa di lain kesempatan. Assalamu’alaikum. 

~Nai at Tak Pe Je.
 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan