Berpagi-pagian di Pasar Tani
Assamu’alaikum. PKP dengan syarat yang dilonggarkan tak bermakna kita membuang masa, selagi kita mematuhi SOP. Itu pada pendapat peribadi aku, sebab keadaan kita tak mengizinkan untuk bersabar di rumah tanpa mencari rezeki. Pasar malam pun dah dibenarkan beroperasi, bukan setakat pasar tani dan banyak sungguh bunyi orang kegusaran kes akan makin mencanak naik. Tapi cuba tengok betul-betul, yang menambahkan bilangan jangkitan kes sebenarnya di mana? Yang jadi mangsa akhirnya peniaga-peniaga kecil yang tak tergolong dalam kategori perusahaan penting (essential business). Keadaan ni diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Menjadi kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi best jadi pembangkang yang bebas mengkritik dan membahan. Lalu yang tersepit di tengah-tengah penderitaan tanpa penghujung adalah kita, rakyat jelata yang terkapai-kapai sendirian. Bila aku mengeluh, sepupu aku yang tinggal di UK nasihat, elok dah daripada kes kat sana yang berpuluh-puluh ribu sehari. Tapi adakah itu mampu menenangkan kegusaran? Seketika mungkin mampu, selama-lamanya mana laku!
Bagi aku yang menetap di KL ni, hampir semua warga mematuhi SOP dari dulu lagi. Jauh la kalau nak dibandingkan dengan Kuantan dan Kuala Terengganu ataupun Johor Baharu, contohnya. Aku tak boleh nak sebut tempat-tempat lain, sebab tiga tempat tu aje yang dalam pengetahuan peribadiku. Kita yang turun dari KL ni jenuh la pakai mask turun kereta nak singgah isi minyak ataupun masuk tandas, eh dorang selamba jus pink guava je berlenggang kangkung lepas bebas merdeka muka takde pelitup. Siap boleh jeling-jeling pandang-pandang buat remark “Set KL la tu pakai mask!”
Maka bila tengok kes di Terengganu makin naik, sakit telinga ni duk pakat salahkan orang KL bawak balik virus. Sekius mi? Aish... memang mudah menuding jari dan menyalahkan orang lain. Tapi jari lain banyak lagi tu, kembali menuding ke arah diri sendiri!
Begitulah apa yang aku nak katakan hari ni, lebih kepada meluahkan apa yang terbuku di dada. Lunch kami hari ni (kengsom, talapia goreng, sambal kicap & kangkung goreng belacan); hasil beratur pagi-pagi Sabtu mengikuti SOP di Pasar Tani. Abang-abang RELA dengan penuh komited memastikan para pengunjung agar menjaga jarak di setiap gerai yang mengambil bahagian. Kita kena jaga kita la kawan-kawan, dah ex kita bukan nak jaga kita pun kan?
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment