Manic Monday
Assalamu'alaikum. Hari Isnin minggu ni memang sungguh havoc, padat jadual dari pagi rapat ke Maghrib. Sebelum pukul 10am aku dah terpacak dalam KLCC, ada appointment kat Dome Cafe. Tapi sejak depa pindah ke outlet sebelah luar, keadaan jadi kurang selesa bagi non-smoker macam aku ni. Untuk ruang lepas bebas kat tempat terbuka bagi smokers, keadaan masih tetap selesa. Agak lama jugak aku tak join meeting dengan smokers ni, baru aku perasan. Yang mana-mana nak smoke tu biasanya depa tunggu lepas borak benda-benda penting dengan aku dulu sebelum mintak diri nak perasapkan alam sekitar. Tak kurangkan lagi cerobong asap tu, bang? Lama dah tak buat aktiviti menyorokkan kotak rokok orang. Anyways, jom sambung cerita aku di KLCC.
Pagi-pagi tu muka masih fresh kemerah-merahan, lepas minum jus delima segelas besar campur pati kurma. Tapi menghala ke tengahari, dah tukar suram campur dengan penat otak dan perasaan menanggung macam-macam bebanan masalah orang. Masalah sendiri memang tak sempat nak layan pun. Jadi sebelum ke appointment seterusnya, macam biasa aku merewang kat Uniqlo tengok-tengok je tak beli apa pun. Memang labuh lain macam jadi skirt aku sejak tak pakai boots ataupun wedges ni.. Belum dapat menyesuaikan diri lagi ni dengan kasut flat. Labuh tahap bleh sapu lantai... Hurmmm.
Macam ni la rupanya Q kat tandas free kat KLCC, jenuh ler kalu dalam keadaan kecemasan. Sebab tu la aku kebanyakan ketika lebih pasrah bayar RM2 dan masuk premium toilet kat tingkat 1. Cuma logistik dan logik akal sebelum solat zuhur tak berapa sesuai nak ulang-alik ke tingkat 1 sebelum masuk surau, maka terpaksa jugak aku beratur macam nak beli tiket wayang semata-mata nak masuk tandas.
Lepas solat Zuhur aku selesaikan masalah kad ATM kejap kat Maybank. Penantian itu suatu penyiksaan, sudah tentu tapi menanti sesuatu yang pasti macam nombor giliran takde masalah sangat pun bagi aku. Cuma nak kejar masa lari dari KLCC ke Setiawangsa sebelum pukul 5 sedangkan pukul 4 masih belum gerak, itu memang masalah. Jadi aku putuskan untuk naik LRT je dari KLCC menuju ke destinasi berikutnya. Ngam-ngam 5 minit sebelum pukul 5pm aku dan tersengih depan kaunter Starbucks kat AEON Setiawangsa mintak nyawa dalam bentuk hot cafe latte. Client aku pun sampai sedang elok masa aku tengah order air, kira bagus la menepati masa kedua-dua belah pihak. Alhamdulillah. Sambil minum air, sambil mendengar cerita manusia. Syukur la ya Allah, atas segala kekurangan diri ini, aku masih banyak sebab untuk tersenyum dan bergembira. Manusia yang aku jumpa dugaaan mereka sangat-sangat mencabar dan belum tentu aku mampu untuk menanggungnya.
Elok azan Maghrib berkumandang, aku dah boleh siap-siap bersiram dan solat dan rehat. Tapi mata aku tetap degil nak berjaga sampai pagi-pagi buta, mesti sebab minum kopi secawan pagi dan secawan petang. Apa nak buat... Cuma tinggal lagi, keesokan harinya aku masih tetap perlu segar bugar dan attend keja di Shah Alam. Hidup perlu terus.
Itu saje untuk kali ni. Sama jugak, aku tak boleh tidur walaupun dah lebih pukul 2.30am. Pagi-pagi esok kena gerak ke Shah Alam lagi. Anyways, terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri, hiasi peribadi. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
kadang2 bukan sebab kopi pun
ReplyDeletesebab otak kerja keras sampai payah nak tido
semua anggota dikerah bekerja pada sesuatu masa
have some rest beb
take care
Mungkin jugak kan?
DeleteOverwork.