Bukan Baju Raya

Assalamu'alaikum. Musim-musim raya ni ada satu kecenderungan orang ingat kita pakai baju raya, walaupun baju tu dah berkali-kali raya pun umurnya. Cuma kalau pakai pattern macam ni, mungkin tak nampak sangat aura rayanya, lebih kepada baju kenduri kendara, tak gitu? Memang baju raya pun dan aku pernah pakai buat pergi kenduri resepsi kahwin beberapa tahun sudah.


Tinggal lagi, kalau raya takde nya aku nak pakai tudung instant macam ni, kalau tak lilit shawl, aku pilih Bokitta. Mak bukan main teruja puji tudung lawa, maklumlah style yang dia gemar dan aku selalu duk belikan sejak dua tiga menjak kebelakangan ni. Warnanya manis, dah macam punch drink kita campur-campur kordial masa raya. 


Hari ni PM Prihatin Nasional, TSMY umumkan PKP masuk dalam Fasa Pemulihan dan dilanjutkan bermula 10hb. Jun 2020 sehingga hujung bulan Ogos. Merdeka! Errk... PKP-PKPB-PKPP, ah, lu pk la sendiri! Heheheh.

Merentas Negeri dah dibenarkan, maknanya Raya Haji boleh la bersesak-sesak di lebuhraya di papan tanda semua untuk mudik ke kampung, kecuali tempat-tempat  PKPD. Nak bercuti-cuti dalam negeri pun dah dibenarkan, tapi buat sesiapa yang menggeletis nak terbang ke luar negara tu sila layan travel blogs dulu ya, sempadan kita masih belum dibuka, sabar...!

Aku takde perasaan apa-apa, masih diizinkan bernafas sehari-hari pun amat bersyukur. Alhamdulillah atas segala pahit maung sebuah kehidupan, semoga ada bahagian aku kat dunia dan akhirat sana. Selebihnya, kita teruskan hari-hari yang mendatang dengan penuh ketakwaan sebagai seorang hamba-Nya. Kita tetap jaga kita, semoga vaksin covid-19 akan segera ditemukan. Ameeen...!

~ Nai @ Tak Pe Je. 

Comments

  1. Wassalam kak. lama tak singgah sini. selamat hari raya. raya sebulan kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry dik, kurang tgk comment notifications. Selamat menyambut Aidil Adha tak lama lagi. Jaga diri!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan