Angin Satu Badan...

Assalamu’alaikum. Lama kan tak update blog ni? Sorry kawan-kawan, banyak pulak benda yang menghalang. Sekarang mata aku separuh bukak separuh tutup mengantuk tapi takpe la, aku ambik masa kejap buat coretan ringkas kat sini. 


Minggu lepas aku back to back ada kes, siap ada tarikh yang bertindih sebab terlampau lama mahkamah bekukan operasi bersemuka dalam dewan. Datang angin malas nak memandu, aku bergerak kulu kilir naik grab je senang. Punya la semua kena pakai mask, aku tak perasan sangat siapa kiri kanan tapi ajaib jugak, ada je yang kenal aku. Chewah... tahap cipan punya perasan. Jenuh jugak mintak maaf, tertunduk-tunduk macam orang Korea sebab tak cam siapa yang menegur. 


Kisahnya, tangan aku pilih waktu keluar dewan nak memerah dan membengkak bagai juara. Nasib baik la aku ada bawak bekal spray ajaib, IV Mist dalam poket blazer. Kesian kat grab driver duk bau minyak angin, tapi IV Mist takde la bau macam minyak angin dulu-dulu, masih mesra hidung la jugak. At least, presentable la, pendek kata. 


Pelik jugak penyakit bengkak tanpa undangan ni, sampai aku jadi paranoid nak pegang tombol pintu ataupun tekan butang lif. Agaknya terlampau lama duk terperap dek kerana PKP, kulit pun dah jadi over sensitive. Nak kena simpan stok spray ni banyak-banyak la nampak gayanya, kan? 


Aku beli kat Shopee je, kejap dah sampai depan pintu rumah. Kot la korang ada masalah resdung, kulit sensitif segala bagai, boleh la try. Ok la kita jumpa lain kali ya... take care! 

~ Nai @ Tak Pe Je. 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan