Still Got The Blues
Assalamu’alaikum. Life has many colors, more than women’s pallets do. At least that’s how I see it and you might beg to differ. Ok, dah boleh teruskan coretan dalam bahasa Melayu pasar. Kadang-kadang bila buat tajuk entry dulu, aku akan jadi blur kejap nak buat intro macamana. Biasanya aku buat tajuk paling akhir, sebab takkan sibuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris menerewang di ruang akal dan fikiranku ini. Bukan apa, sesetengah orang dah terbudaya berfikir dalam bahasa yang sebati dengan diri sendiri. Bak kata arwah ayah aku dulu, kalau nak tau dah menguasai sesuatu bahasa atau belum, tengok masa mimpi kita cakap bahasa apa. Kalau dalam mimpi pun speaking London, maknanya kita dah menguasai bahasa itu. Lama jugak aku termenung lepas dengar metafora tu. Mungkin ada benarnya...
Aku selalu rindu arwah ayah, especially kalau pakai baju yang ada kaitan dengannya, ataupun lalu depan outlet San Francisco Coffee dan The Manhattan Fish Market (tempat favorite arwah). Macam baru-baru ni aku pakai baju ala-ala Punjabi suit pergi baca afidavit kat Jalan Duta, teman staff sampaikan saman di Bangi dan akhirnya singgah lepak beberapa ketika di Starbucks Aeon AU2. Aku ada 3 pasang baju bunga sulam yang beli kat Bandung zaman Tok Kadok dulu, 2 tempah buat Punjabi suit dan 1 buat kurung modern. Dari anak aku belum masuk sekolah rendah sampailah sekarang Form 5, aku masih duk pakai dari semasa ke semasa. Arwah ayah sangat suka ketiga-tiga baju tu, siap suruh mak tempah style yang sama macam aku. Bila ayah dah takde, mak sedekah kat orang sebab dia tak suka Punjabi suit. Tapi aku tetap tak berubah, masih kekal macam dulu. Sejenis tak reti nak move on, barangkali?
Tak jugak, dah memang aku macam tu, style tak pernah jauh berubah. Still got the blues for the same freakin’ things, even for the same freakin’ person. Hope you’re doing fine out there!
That’s just me. Yours truly.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment