Beg Umrah Terberanak?

Assalamualaikum. Kalau kita pergi umrah naik flight kelas ekonomi, masa melontar di toko-toko pilihan sepanjang di Haramain,  kena banyakkan istighfar ya,  kawan-kawan. Sebabnya,  satu kepala boleh bawak dua biji beg, yang mana berat setiap satu beg tak boleh lebih daripada 23kg. Nasihat aku,  bawak satu beg sudah masukkan dalam kargo, bawak satu beg saiz kabin cadang nak isi hasil melontar nanti. Besarlah kemungkinannya akan terberanak jugak beg pada penghujung umrah,  terutamanya kalau pergi bersama keluarga dan tak semua bawak beg saiz kabin. 


 Jenuh nanti pakat beli beg baru kat sana,  kualiti bukan elok pun,  harga ya ampun mahal!  Jadi,  cadangan aku,  beli aje beg yang boleh lipat-lipat macam gambar kat atas tu,  sampai airport pergilah bungkus lilit-lilit kat kaunter wrapping. Dengan cara tu,  korang boleh jimat banyak duit,  yang mana boleh digunakan untuk melontar lagi last minute sebelum balik.  Tak pun,  bawak je siap-siap dari rumah,  lagi jimat. Tak masuk akal kalau convert duit kita masa beli beg plastik koboi macam tu,  buat sakit jiwa je!  

Lain kali,  adalah lebih bijak untuk bawak beg di dalam beg,  ataupun sebiji beg tambahan masuk kargo. Nanti yang nak tumpang syafaat lagi banyak barang daripada kita,  itu sudah pasti.  Ye lah,  dah nama pun family, berat sama dipikul la jawabnya!  

Macam kami baru-baru ni,  semua pakat bawak sebiji sorang aje beg masuk kargo, dan dalam 5 orang tu, aku dengan adik je bawak beg saiz kabin. Di akhir rancangan,  beg yang adik bawak tu penuh dengan hasil lontaran mak je, ko rasa?  Makanya, tertumpang jugak la barang mak dalam beg koboi yang ada gambar unta itieww. Hurmm ye lah,  asalkan mak happy, kita layankan aje ler.. .

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan