Jean Ballard, Marseilles
Assalamu'alaikum. Sebenarnya kalau nak menjejakkan kaki ke Eropah bagi yang tak berapa kukuh bajet, boleh sangat. Menabung dan berdikit-dikit saban tahun memenuhi tabung percutian, pelan dan tindakan haruslah selari. Kita pilih tempat tinggal dan syarikat penerbangan tambang murah, bawak bahan-bahan kering untuk masak di rumah, menapak selagi boleh ke sana ke mari. Boleh je kalau betul-betul mau, cuma perlu bijaksana bijaksini, hati mesti bersih dan jangan cuma sibuk hasad dengki melihat kegembiraan orang lain. Macam kami bertiga begitulah kekdahnya, 5 tahun ambik masa nak kumpul bajet dan siapkan apa yang patut, selesaikan dulu mana yang afdal.
Tiket ke London kan dah tak keluar belanja, redeem guna Enrich points, bayar cuma airport tax. Jadi, penuhkan lagi tabung untuk biayai perjalanan ke tempat-tempat lain dua malam setiap bandar. Takkan la 5 tahun tak sempat cukup, lagi pulak ambik masa setahun dari tempoh perjalanan, dari tarikh tiket redemption. Pelan-pelan kayuh, ada 12 bulan dalam setahun, kan? Bajet betul-betul, bulan ni beli dulu tiket Easy Jet dari London ke satu bandar pilihan di Eropah, bulan depan tempah pulak kat Airbnb apartment di situ. Bulan lain buatlah benda yang sama, beli tiket Ryan Air ke apa ke, asal tambang murah, untuk ke destinasi lain pulak. Kena bijaksana, kan dah cakap tadi. Ini tidak, duk berbuih mulut mengumpat pasal orang yang 'mampu' berlibur ke luar negara. Susah senang orang tu, cara dia menguruskan bajet takde pun kita tanya. Banyak sangat masa lapang sampai terlebih-lebih, itu yang kepoh pasal orang. Mereput la kita dalam hasad dengki yang tak berkesudahan. Na'uzubillah...!
Tiket ke London kan dah tak keluar belanja, redeem guna Enrich points, bayar cuma airport tax. Jadi, penuhkan lagi tabung untuk biayai perjalanan ke tempat-tempat lain dua malam setiap bandar. Takkan la 5 tahun tak sempat cukup, lagi pulak ambik masa setahun dari tempoh perjalanan, dari tarikh tiket redemption. Pelan-pelan kayuh, ada 12 bulan dalam setahun, kan? Bajet betul-betul, bulan ni beli dulu tiket Easy Jet dari London ke satu bandar pilihan di Eropah, bulan depan tempah pulak kat Airbnb apartment di situ. Bulan lain buatlah benda yang sama, beli tiket Ryan Air ke apa ke, asal tambang murah, untuk ke destinasi lain pulak. Kena bijaksana, kan dah cakap tadi. Ini tidak, duk berbuih mulut mengumpat pasal orang yang 'mampu' berlibur ke luar negara. Susah senang orang tu, cara dia menguruskan bajet takde pun kita tanya. Banyak sangat masa lapang sampai terlebih-lebih, itu yang kepoh pasal orang. Mereput la kita dalam hasad dengki yang tak berkesudahan. Na'uzubillah...!
Anyways, kami bertiga terbang dengan Easy Jet dari London ke Marseilles, bandar kedua terbesar di Perancis selepas Paris. Berbanding Amsterdam, bandar ini lebih murah serba-serbi, tak percaya cubalah buat research sendiri. Kami menginap di Jean Ballard, yang bermaksud Bandar Lama. Apartment pun lebih murah di sini, cuma takde lif kalau nak murah, kena exercise kaki dan tangan mengheret bagasi turun dan naik. Yang penting, ada keperluan basic untuk memasak dan membasuh baju, ada heater untuk memanaskan badan musim-musim dingin. Kalau nak pergi musim bunga atau musim panas, bajetnya beda lagi, buk! Gambar kat atas tu, nasi goreng yang aku masak lepas subuh, guna nasi dingin yang cik abang simpan lepas makan malam. Diambil dari tingkap besar tempat kami menginap, di tingkat 3 apartment.
Aku suka bandar ni, sana sini nampak perempuan Muslim lengkap menutup aurat dan sempurna berhijab. Dari lipatan sejarah, Marseilles telah dimerdekakan oleh pemimpin 3rd Algerian Infantry Division yang mana 60% daripada pejuangnya adalah kaum Muslimin dari Afrika Utara. Setelah itu orang-orang Muslim mula berhijrah tahun demi tahun masuk dari Algeria, Maghribi dan Tunisia. Maka tak hairanlah banyak sekali Muslim di sana, kedai-kedai halal pun banyak.
Tak ubah macam pelabuhan di Langkawi sekali pandang, ye tak? Cuma ye la, cuba gi pakai gitu gaya di Langkawi, mau pengsan kita dibakar mentari. Anginnya sejuk walaupun mentari terik memanah langit dan bumi, jangan main-main nak pakai nipis.
Kalau nak senang naik skuter macam ni, install saja applikasi Lime di smartphone, daftar cara pembayaran, samada melalui paypal, kad kredit mahupun kad debit.
Marseilles ni tak sempat nak terokai semua tempat istimewa dalam masa dua hari, jadi kita ambik mana yang sempat sudahlah. Pelabuhan di Jean Ballard (Old Town) memang satu tempat yang wajib dilawati, lagi pulak gratis. Nak naik bas Hop On Hop Off boleh kalau mau, cuma review nya tak berapa bagus, jadi kami tak berani nak ambik, dah la mahal nak mamp. Baik pilih satu tempat, panggil saja uber pergi ke situ, lagi praktikal dan suaimanfaat dengan bajet yang sedikit. Hari kedua kami naik ke puncak Marseilles, di Notre-Dame de la Garde tapi anginnya sangat kencang, pada kelajuan 63km sejam, sikit lagi mau terbang kalau tak berpegang. Sejuknya mencucuk ke tulang sum-sum, hingus boleh beku dalam perjalanan terjun dari nostril.
Maka kami pulang saja ke rumah, tunggu angin sedikit reda, aku turun dengan cik abang ke depan apartment, lepak-lepak di Pelabuhan Jean Ballard. Anak bujang tak nak ikut, jadi kami dating berdua saja. Mat Salleh suka la keadaan macam tu, siap berjemur mengadap matahari, ada yang selamba berbelunjur dan tidur di kerusi kafe dan restoran.
Jalan-jalan di Jean Ballard memang mengasyikkan, cantik sungguh panoramanya. Aku tetap kena pakai jaket walaupun matahari terik di atas kepala, kerana anginnya terlampau dingin.
Angin sampai ke petang bertiup kencang, turun pun hanya pada kelajuan 50-53km sejam. Dalam gambar pun boleh nampak bagaimana air laut berombak, yang masih mahu menyelamatkan manusia.
Lalu mau apa lagi kita kalau tidak bersyukur?
Seawal subuh keesokannya, aku masak awal dan siapkan kesemua bagasi. Kejutkan dua lelaki Malaya pujaanku, makan, mandi dan segera panggil uber ke Notre-Dame de la Garda. Kebetulan pulak pemandunya Muslim keturunan Algeria, cakap Arab lagi bagus daripada Inggeris, maka suka dia jumpa kami. Pulangnya juga seorang Muslim, keturunan Yamani, juga bertutur Bahasa Arab, suka jumpa kami. Alhamdulillah sama-sama gembira berjumpa sesama Muslim.
Nah... Tercapai jugak hasrat nak mengabadikan momen terindah di puncak Marseilles, berbaloi-baloi yang amat. Siap boleh bukak jaket pura-pura tak sejuk, sebab nak kasi gambar lagi lawa tanpa kelihatan baju musim dingin. Lepas 3 minit beku kaki tangan, oh takpe... asal gambarnya cantik, dik...!
Kala sejuk angin datang menerpa, tewas jugak, dik... menggelupur cari baju sejuk semula!
Marseilles nan indah....
Nak balik tu, masa tunggu uber memang dah tak mampu nak pura-pura tak sejuk lagi. Takpe la dik, dah banyak pun ambik gambar lawa-lawa. Pakai je baju, zip rapat sampai ke leher, menggigil, dik!
Kalau diberi peluang, ingin mampir lagi ke Marseilles. Banyak sekali tempat yang masih belum dikunjungi. Sementara itu, kita simpan dulu kenangan terindah yang dingin menusuk kalbu.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment