Kena Tampar Kejap Dengan Alif Satar

Assalamu'alaikum. Korang perasan tak, bila kita tengah down sangat-sangat, mesti Allah kirimkan kita sesuatu untuk membuatkan kita bangkit semula?  Tak kisahlah apa dia sesuatu itu, tapi ikut mana pun kita akan rasa lebih lega daripada sebelumnya. Macam aku hari ni, kiriman Tuhan itu adalah dalam bentuk video Ironman daripada Alif Satar. Perkongsiannya yang begitu luhur menyentuh hati banyak pihak, termasuklah aku. Dan perkongsian itu adalah sesuatu yang amat aku perlukan tika dan saat ia sampai kepadaku. 

Ada yang kena masuk Ironman untuk mendapat pengajaran tentang kuasa kehendak (will power) lawan kuasa minda (mind power). Ada yang takkan mungkin mampu masuk Ironman 9 kali jangka hayat sekalipun, tapi Allah kirimkan pengajaran yang sama melalui perkongsian sebegitu rupa. Ada pulak yang hidup hanya berbekalkan will power sepanjang hayat dikandung badan, bahkan mereka tidak punya sebarang kekuatan lain dah selainnya. Aku? Aku tersentak dari lamunan dan diingatkan kembali tentang perkara yang sama. Siapalah aku tanpa will power? Macamana aku boleh terlupa tentang nikmat Tuhan yang selama ini menjadi penyebab kepada wujudnya aku sehingga ke hari ini? Batasannya, aku bukan malaikat dan hanyalah insan biasa. Hakikatnya, aku sering alpa dan hanyut dibuai rasa. Tak salah pun sebenarnya, kerana apa yang penting adalah kita teruskan kehidupan dengan penuh tawakkal dan harapan. Berapa kali pun tersasar, kembalilah ke pangkal jalan. Berapa kali pun terjatuh, bangkitlah semula. Lagi dan lagi, kerana destinasi terakhir kita adalah syurga atau neraka, satu antara dua sahaja. 


Gambar diambil sebelum mata masuk habuk dek kerana video Ironman. I love you 3000, myself!

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan