Aktiviti Hujung Minggu Lepas Demam, Bersama Naqiu

Assalamu'alaikum. Bangun pagi Sabtu, tekak rasa perit dan tubuh sangat lemau, longlai je melangkah ambik wuduk dan solat subuh. Lepas tu sambung tidur lagi, tidur bangun tidur bangun tak mampu nak melawan langsung. Makan pun tak lalu, payau jadinya semua benda, buruk benar orang tua demam. Mak bagi makan ubat selesema dengan uphamol, tapi tak berapa jalan, especially bab perit tekak dengan batuk. Akhirnya aku makan ubat sinus yang beli kat Shopee, baru menjadi. Tekak perit pulak aku duk berkumur dengan Listerine. Ahad dah elok sikit rasa bangun pagi, alhamdulillah... Teruskan berkumur dengan listerine dan makan ubat sinus, sebelah petang dah mulai elok dan bosan gila takde buat apa. Jadi, aku potong kain songket yang patutnya dijahit untuk pakai sedondon dengan staff hujung tahun lepas. 


Songket ni kalau tak alas, nanti tak awet dan geli bila benangnya terkena kulit, siap boleh jadi rashes silap haribulan. Tapi bila dialas, jadi gobos dan menggelembung pulak, serba salah dibuatnya. Maka, terpaksa kita try and error, jahit sampailah kurang efek gemuk bila dipakai. Banyaklah kerjanya kan, tak boleh nak buru-buru cepat siap. Tadi aku duk ejas sambil tengok Gegar Vaganza si Naqiu main gitar la pulak malam ni, mati la mummy, nak! Laki jeling je, tau preference bini dia macamana kan? Muahahaha. Ala, takat minat dalam TV jer, bang.. bukan luak apa2 pun! 


Ok, esok boleh pakai pergi kerja kain songket baru ni, yeay!!! Aku buat kain lipat belah depan, favorite aku la tu... senang nak bergerak dan melasak. Dalam boleh pakai stoking, so takde masalah kalau berjalan nampak aurat pulak. Baju boleh je ambik yang berlambak dalam almari tu, pejam dan pilih je satu, kot la susah sangat nak buat pilihan. Kalau rajin, pakai kebaya pendek.. kalau malas, pakai kebarung. Kalau takde mood, pakai je blouse. Tengok la macamana esok, bukan boleh aci sangat aku ni. Beriya gantung baju nak pakai, sampai waktunya aku sambar jeans dengan baju labuh je, malas nak melaram. 

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan