Yellow Monday, What Blues & Frozen 2.

Assalamu'alaikum. Just another manic Monday, wishing it were Tuesday? Sama je hari apa pun, Daily Blues lebih tepat sebenarnya, bukan semata-mata Monday Blues. Kalau nak lawan gundah gulana, pasang badan dan pakai baju warna terang, sekurang-kurangnya boleh jugak kasi semangat untuk menghadapi kerja setelah dua hari berjimba sakan tak bekerja, ye tak? 


Aku pakai kebaya pendek rona kuning hari ni, dijodohkan dengan kain songket yang baru siap malam tadi. Silau mata tengahari buta pakai kaler mentari semerah padi, ko rasa? Nak kasi tone down sikit, cari dalam almari tudung warna puding milo, baru tak memancar-mancar bagaikan sinar purnama nan jingga. Bibik jatuh cinta yang amat pada songket ni, lembut dan tak berbulu katanya, tak macam songket lain. Aku rasa sebab aku jahit dulu kain alas pada setiap bahagian kain sebelum cantumkan jadi sehelai kain lipat. Dengan cara tu jadi jauh lebih kemas dan selesa dipakai, aku rasa la. Sekarang ni bibik mintak aku beli jugak kain songket ni warna yang sama, fabrik yang sama, dia nak buat kain potong duyung. Adeh bosan betul asyik nak benda sama dengan aku! Heheh. Tengok la kalau ada lagi stok songket keluar dekat2 nak raya tahun depan, aku belikan untuk dia. 


Batuk aku beriya pulak masuk ofis, mungkin sebab aircond banyak habuk takde siapa bersihkan. Tak kuasa aku nak panjat bukak aircond tu cuci filter segala, nantilah panggil orang yang berkenaan. Tapi dikhuatiri makin melarat pulak batuk ni, lepas solat Asar kena jenguk doktor kejap mintak ubat batuk dan antibiotik kalau dirasakan patut dan perlu. Kahak pun dah jadi kaler hijau, takkan nak biarkan aje, kan? 


Dah macam nak pergi kenduri kahwin, berlenggang masuk klinik je padahal. Tapi kan, kalau nak tunggu kenduri baru nak melaram, bilanya nak bergerak baju-baju Mak Lom yang letops tu dari gerobok? Siapa kata tak boleh melawa nak pergi kerja, takde siapa kan? Alang-alang rajin menjahit, rajin-rajinkan sekali melawa walaupun takde special occasion. Karang pakai macam ni pergi tengok Frozen II confirm la tak sesuai, kena cari kaler biru la pulak! Aku takde anak perempuan, so tak payah renyah carikan gaun Elsa bagai sempena tayangan sequel Frozen, alhamdulillah.... Aritu lepak Starbucks nampak sorang budak duk menari-nari penuh imaginasi, maklumlah duk pakai gaun biru yang sungguh gojes seperti Princess Elsa. Hurmm... Mak Lom tak relate, babe! 

Tapi Mak Lom teringin pegi tengok cerita tu, nak ajak siapa la teman, ya? Ida dah rasanya, sebab dia pun suka Frozen. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan