Gegar Hingar Bingar di Ngences Giga
Assalamu’alaikum. Semalam cuti Hari Buruh yang sungguh family-oriented aktivitinya sepanjang hari. Susah nak dapat moment macam ni sebenarnya, walaupun kami selalu berjumpa di bawah satu bumbung. Ye lah, dah nama pun bonda duduk dengan aku, maka secara automatik rumah aku jadi istana hinggap, rumah keluarga dan tempat berkumpul dan berkubang macam tongkang pecah. Tapi tetap susah nak bagi semua sekali ada depan mata, sebab ada kalanya giliran dorang lepak dengan keluarga mertua. Dah pulak Ida dengan Nazri sibuk buat Masters, masing-masing busy memanjang. Belum masuk cerita cik abang aku lagi, ingat senang nak tangkap dia join impromptu plan kami?
Itulah yang best nya semalam, sebab hampir semua ahli ada masa makan malam di Ngences Giga, Setiawangsa. Yana je la join lambat, Apih gi jemput dia lepas habis praktikal. Tapi aku dah tak boleh nak tunggu, sebab nak kena pergi isi minyak kereta dan topup kad Touch N Go.
Aku la wassap Nazri ajak tong-tong belanja family makan, ye lah orang lain punya keadaan ekonomi tak berapa nak stabil. Sementara semua dah mampu, adik kena la bersama berganding bahu dengan kakak bab-bab belanja makan secara berjemaah ni. Latih dia menjemput rezeki dengan bersedekah pun iya jugak sebenarnya.
Mak puasa sempena Nisfu Syaaban, jadi kami semua turun lepas mak bukak puasa alas perut dulu, solat Maghrib bagai. Bad mood jugak mak awal-awal kejadian, geram aku tapi itulah, kena banyak bersabar dengan orang tua ni, dorang dah jadi budak-budak semula. Tapi dah lama-lama muka dia dah tak ketat, relax dan enjoy dengan anak menantu. Bukan apa, dia memang allergic kalau bab makan buffet, membazir katanya. Entah la, kalau nak bertekak takde maknanya, pandai-pandai la aku manage angin dia. Dah nama pun "wind manager", aku la kena pastikan semua orang berada dalam keadaan yang normal kan? Jangan aku yang naik angin sudah, karang silap haribulan terkedu semua orang.
Budak bertuah dua orang ni boleh tahan jugak anginnya, jenuh nak handle. Dah bagi makan, dorang berlari non-stop kulu kilir dalam Ngences Giga. Memang terbaik la nak bakar kalori selepas masuk segala macam makanan dalam perut. Cumanya yang bertugas malam tu selain bibik, Mak Lom ni ha. Orang lain mana bleh nak bangkit dari kerusi, best weh layan BBQ kat situ!
Kali ni aku takde la rasa beriya sangat makan, mungkin sebab dah biasa kat situ. Lagipun, aku rasa macam host pun ada... lebih banyak pastikan mak dapat apa yang dia nak. Ambikkan dia nasi lemak, rebuskan telur, masakkan daging ayam, gantikan sambal telur dengan sambal kicap, eh macam-macam lagilah. Kan tadi ada sebut pasal manage angin dia, perasan tak? Macam tu la cara management nya, dan alhamdulillah ternyata berjaya. Tinggal lagi, aku jadi penat perasaan dan makan pun tak berapa nak lalu.
Cik abang dan anak bujang pun sama-sama membantu kat sebelah kanan dan kiri, terubat jugak rasa di hati. Takpe la, esok-esok kita pun tua jugak, kan? Mudah-mudahan ada yang sudi mengawal angin aku pulak, mana la tau kekdahnya angin aku bila tua nanti bukan main diva lagi, haa ko rasa?
Apa-apa pun, aku seronok malam tu tengok semua orang happy dan makan dengan penuh bahagia. Kira pre-Ramadan gathering la lebih kurang. Semoga lain kali adik-adik lain dah turut boleh menyumbang bersama-sama dengan Nazri. Aku takde masalah pun nak sponsor sepenuhnya macam biasa, dah memang itu kerja aku dari dulu kala. Tinggal lagi, aku nak tengok adik-adik pandai menghargai dan merebut peluang menjemput rezeki dengan bersedekah. Dengan itu, pahala kan makin berganda dapat kat mak ayah, bila anak-anak dorang buat amal jariah. Gitiewww...
Ok la eh, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment