Ramadan Nan Basah

Assalamu’alaikum. Aku kalau bab kereta ni, bawak je reti... maintenance memang tak tau satu menda pun. Minggu lepas, enjin tak boleh start kat tepi jalan, bila anak dah keluar sekolah. Aku matikan enjin masa tunggu dia keluar, turunkan skrin tingkap sikit untuk pengudaraan dan dengar radio. Sekali bila dia dah masuk kereta, enjin tak boleh start, cuak la aku, kan? Maka apa lagi, telefon la talian hayat mintak nyawa. Nasib baik kali ni talian hayat takde meeting ataupun kat luar daerah, boleh la dia datang. Sementara tu, aku ambik tikar kat bonet dan lepak bersila bagai, panas lama-lama terperap kat dalam kereta.



Basah koridor dek hujan yang baru reda. Elok sangat duduk macam tu, patutnya letak tin biskut kat depan, boleh minta derma ke sedekah Ramadan ke, kennn? Ngeee... 



Lepas jump start, terus hidup enjin.. bateri lemah ler tu. Hurmm... sebelum balik raya ni nak kena tukar bateri baru, bertabahlah ya! Adik ipar aku kata, enjin tu sejuk la sebab asyik hujan je sebelah petang, dah aku tak selimutkan malam2 kenapa? Cess, buat lawak hambar ler pulok! Teringat pulak aku terkial2 tak tau nak bukak bonet depan macamana, hurmm... sungguh stardard masalah seorang lady driver!



Dah sampai Setiawangsa, tak hujan pun.. terus singgah kat Bazaar Ramadan beli kuih-muih ikut selera anakanda. Haa.. ko bawak ler sendiri!



Haaa... ni projek Rekabentuk & Teknologi, aku tolong touch up kat ofis, sebelum kasi anak hantar. Konsep yang dia buat tu bagus, cuma takde solekan dan persembahan yang menarik. Aku explain kat dia, macam badan manusia la.. kalau takde kulit kat atas, memang tak sempurna... nampak daging merah yang mengerikan. Sama jugak dengan kerja2 tangan, kena ada hiasan nak kasi nampak sempurna dan cantik dipandang. Dia angguk je, faham la kot. Folio aku tak tolong langsung, sila buat sendiri. 

Gitulah kekdahnya, cerita minggu lepas. Sekarang dah 12 hari kita berpuasa, banyak gila aktiviti menanti yang memerlukan iltizam dan usaha setinggi gunung untuk direalisasikan. Semoga Ramadan kali ini memberikan seribu satu kemanisan iman kepada kita semua hendaknya. Buat yang dilanda derita, bersabarlah... pasti akan ada sinar mentari yang menyinari di hujung perjalanan. Hidup ini ibarat roda, tak selalunya kita di atas mahupun di bawah. Yang penting, cekalkan hati dan ke depan terus jalan.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan