Musim Border Lace

 Salam. Dah memang minat sulam kerawang manik goyang ke apa ke, asalkan sulam… aku join. Kalau dulu gigih la tempah sulam kerawang dari zaman sekolah menengah nak pakai raya, sekarang kita order border lace kat Shopee, cari masa dan jahitlah sendiri sampai jadi. Mostly aku jahit tangan aje, tapi lepas tu tindih dengan mesin nak kasi teguh. 


Setakat ni ada banyak lagi stok border lace yang menunggu masa untuk ditampal pada baju-baju pilihan kalbu. Mana yang tak sesuai, aku sanggup gunting hujung kain lace dalam kotak, tertunduk-tunduk ikut lekuk nak kasi elok berbentuk. Nama pun minat, begitulah gayanya. 




Ni gambar 10 tahun lepas, batik sutera Kelantan disulam kerawang. Sampai sekarang aku simpan baju ni dan ada masanya aku pakai pergi attend appointment, mana-mana yang suaimanfaat dengan tempat dan majlis. Takut overdress je, bukan apa.


Bila trend sulam menyulam kembali hangat di pasaran, kita layankan aje dengan hati yang penuh gumbira! 


Tak pe je kan…


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan