Baju Raya Oh! Baju Raya
Assalamu'alaikum. Tahun ni paling pelik dalam sejarah sebab aku tak sibuk nak tempah baju raya awal-awal tahun. Beli kain nak dibuat baju Melayu pun tidak, memang ajaib la sebenarnya. Kain-kain saree yang dibeli hujung tahun lepas dan kain-kain dari Bandung trip pun tersadai je tak bersentuh dalam almari. Sedar tak sedar, orang lain dah sibuk cari tudung raya. Aku apa pun belum ada. Nasib baik la cik abang ada kawan yang boleh siapkan baju kurung moden & baju Melayu dengan pantas. Tinggal lagi pilihan kain yang dia ada sangat terhad untuk dijadikan matching skirt. Baju aku guna kain sama dengan baju Melayu hero berdua tu, fabrik dari cotton yang super soft & comfy. Skirt tu aku kurang berkenan pulak, sudahnya aku ambik keputusan nak pakai skirt Variante yang aku beli tahun lepas sebagai ganti. Setakat ni itulah cadangannya, tak tau la kot last minute terjumpa pilihan yang lebih menarik.
Ada sehelai baju dari fabrik sifon aku beli kat Jakarta hujung tahun lepas yang aku tak pakai-pakai, boleh la dijadikan baju raya nanti. Cabarannya adalah mencari skirt yang sesuai, rasanya warna royal blue ni lawa je pada pandangan mata aku yang memang biasa pakai color blocking ni. Ah, peduli apa aku kalau tak lawa pun! Heheheh. Malas nak menapak carik yang lain dah. Yang ni pun nasib baik jumpa kat Pavilion hari Sabtu aritu lepas beli baju raya Junior. Mahalnya skirt Melinda Looi ni, korang. Tapi kualiti kain, design dan jahitannya memang tip top la kan?
Kisahnya, dengan baju-baju bibik pun tak terbeli tahun ni, maklum la mem tak berapa ada peluang nak berjalan-jalan window shopping macam biasa. Tadi beli la kat dia sepasang, carik baju dan matching skirt asing-asing, sebab tak berkenan aku tengok baju kurung tahun ni. Harga tak padan dengan benda. Inspirasi warna tu aku dapat lepas tengok telekung bibik tempah kat kampung dia, favorite color dia purple ala-ala biji kundang gitu. Sukanya dia, melompat-lompat macam kangaroo aku tengok. Katanya dia baru je potong gambar skirt style tu dalam majalah. Hurmm, rezeki kau la bibik!
Singgah jugak cari tudung bonda, dapat la dua pasang.. Tengok dia suka ke tak nanti. Kalau tak, kita cari yang menepati citarasa dia, no worries.
May be kena carik yang berbeza tone sikit untuk baju kaler merah/purple tu, esok la kot kalau ada kesempatan. Tudung aku tahun ni cik abang kata tak payah beli, which I agree. Tahun lepas pun aku tak beli, pakai je mana yang sedia ada. Semuanya baru-baru lagi, dah jadi melampau-lampau koleksi tudung aku ni! (Hurmm.. Boleh caya ke ni?)
Tengok la dulu eh.. Aku ni unpredictable dan impromptu sikit. Nak berjanji baik jangan, nanti tak pasal-pasal memungkiri. Kita tengok je dulu, apa kata?
Hehehe. Sampai jumpa, terima kasih sudi baca! Assalamu'alaikum.
~ Nai at Tak Pe Je.
weii skirt tu cantik bangat
ReplyDeleteaku?
persiapan raya?
alahaiii kelaut terus
dateline bertingkat2 ni weiii
so utk selamat
konsep aku rainbow aje tahun ni
kahkahkah
mana sempat aje
tak tau la nape bz sangat ngan kerja kali ni
huhuhuhu
Konsep rainbow mmg selalu selamat.. Bidan terjun punya konsep.
DeleteBz maknanya good bisnes.. Alhamdulillah