Seputar Akhir Ramadan & Awal Syawal
Assalamu'alaikum. Eh, ada lagi cerita nak dikongsi dengan korang pasal puasa dan raya, kenapa tak percaya? Percayalah. Hehehe. Sementara masih dalam momentum sebegini rupa, baik layankan aje. Rojak sikit tapi entry ni, jangan marah tau!
Hari terakhir puasa memang paling mencabar, perasan tak? Sebab mental dah terlebih bersedia nak raya, terutamanya budak-budak. Mak budak pun dua kali lima jugak. Cuaca yang sangat panas lagilah pemangkin segala rasa kurang selesa. Cuma Alhamdulillah tahun ni walaupun panas, angin memuput lembut dan mengelus-ngelus pipi kasi lembut rasa hati. Bertambah lembut bila ada jugak port yang dapat detect 3G kat bawah pokok depan rumah pak mertuaku. Datang je petang, bertenggek la budak, bapak dan mak budak secara berjemaah lepak kat situ. Suasana yang akan sentiasa segar dalam ingatan kami bertiga hendaknya.
Itu kisah akhir Ramadan. Yang ni pulak awal Syawal, meh teruskan membaca. Junior ni kan nama je Darjah 5 tapi budak sangat lagi deq non, oi..! Dia pergi berlari atas padang yang ada selut, habis comot kasut raya, socks dan baju Melayu belum pun selesai separuh masa pertama 1 Syawal. Aduhai... Dah kena tukar pakai casual attire. Nasib baik sempat ambik gambar family sesampainya dari Kuantan. Kalau tidak memang hangin satu badan Mak Jemah ni, kan?
Sepupu-sepupu dia elok je berbaju tradisional sampai ke malam. Dia malam tu dah tukar pijama je, pakat main mercun ramai-ramai. Aku tahun ni tak larat nak memeriahkan pesta mercun, lagipun hati tak seronok tengok mak tak sihat.
Kat rumah mak tak dapat 3G jugak, cuma tengok keadaan masa dan kepadatan pengguna, elok pulak coverage. Mimpi ngeri betul hidup tanpa 3G. Tapi elok jugak, at least budak-budak takat main game je la sesama depa, tak yah sibuk masuk you.tube bagai. Raya alaf baru la katakan...
Alaf baru ke lama ke, ada yang tak sah kalau tak buat: main bunga api! Itulah mercu tanda hari raya sejak berkurun lama kurahsiakan cintaku padamu...
Suka ya, sayang ya? Sila pastikan ada kanak-kanak dewasa untuk mengawal selia upacara main bunga api segala bagai, ya kawan-kawan... Kita kan nak happy, bukan nak cipta tragedi.
Kisahnya, anak bertuah aku ni gi cucuh bunga api atas selipar. Berlubang selipar-selipar malang mangsa kejadian hari tu, kesian... Untunglah adik aku sempat perasan dan selamatkan selipar-selipar itu daripada makin parah dan tenat.
Beraya di kampung memang lain sikit berbanding dengan bandar. Suasana dan keadaan yang 'vintage' itulah yang menggamit perasaan dan memanggil-manggil kita pulang. Bahagia itu indah. Alhamdulillah...
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment