Kelimpahan Biru 1 Syawal 1436 Hijrah

Assalamu'alaikum. Dah kenapa tahun ni ramai sangat orang pakai warna biru Mydin, korang perasan tak? Ok la, nama glamour warna tu royal blue, tapi memang warna korporat Mydin pun kan? Aku dari zaman universiti dah suka warna  royal blue, ada satu baju kurung kain sutera Terengganu yang aku masih pakai sampai sekarang. Tapi dulu aku panggil warna macam tu 'biru nila', padahal dalam bahasa Hindi, nila memang bermaksud biru. So, biru yang sungguh biru, mungkin? Mana-mana je la, yang penting warna biru ni memang lawa, setuju? Dah lebih sedekad umur baju biru nila ni... Banyak kenangan pahit manis kelat payau bersamanya. 


Tahun ni suami dan anak aku dapat baju Melayu free daripada client yang sungguh baik hati dan seorang tailor yang ohsem, cuma tak cukup ohsem sebab tak kasi sepersalinan biru kat aku sekali. Heheh. Takpe la, dah rezeki takat tu aje kan? #syukurselalu aje ler. Takde hal pun, aku kan dah berjaya carik skirt yang lawa dari koleksi Emma Maembong-Melinda Looi. Hari terakhir sebelum balik kampung aku gi jusco carik songkok Junior dan ternampak sehelai baju yang masuk gila okay dengan skirt royal blue aku! Tinggal sehelai trang tang tang je pun baju tu, seolah-olah memang tunggu aku beli. Dah pulak satin shawl warna yang serupa memang dah ada dalam almari sekian lamanya bercinta kau tiada di hari raya.. Hasilnya, hurmmm... Not bad, not bad at all. 


Rumah mak kat Temerloh tahun ni semua orang sibuk dan mak pun masuk wad 12 hari bulan puasa, sampai tak sempat nak uruskan kerja cat mengecat lepas baiki dinding retak. Rumah lama arwah atok yang disewakan kat orang sebelum mak ambik 6 tahun lepas, dah retak-retak dindingnya. Tengok la macamana nak buat nanti kasi elok.. 


Adik aku pergi photoshop sampai jadi kosong sekosong-kosongnya dinding, pening mata aku tengok. 


Pagi-pagi lepas solat sunat raya aku gerak dari rumah mertua kat Kuantan, pergi ke Temerloh. Kejap je dah sampai, sedang elok sesi bergambar bersama family. Terkedek-kedek anak sedara kesayangan aku menyambut kepulangan Mak Yong. Melekat je sampai sudah. Not that I mind, lagi suka ada. Rindu betul kat dia! 


Dalam gambar memang duk dengan aku je sepanjang masa, sampai mak dia suruh pegi tukar baju biru. Hehehhe. Apa nak buat, budak-budak memang suka aku pun. Dah aku pun memang suka kat budak-budak. Omputih kata, the feeling is mutual. Begitulah...


Raya pertama mak masih sihat, at least boleh la pergi beraya rumah kakak dia kat depan rumah je pun. Tapi malam tu dia start sakit semula, demam dan athma menyerang dengan dahsyatnya. Kakak dia pun sama, demam tak kebah-kebah, cuma dia takde athma tahan la sikit. 


Aku jadi tak ke mana pun, duk rumah je teman mak dan layan sedara-mara yang tak putus-putus datang. Beraya kat Temerloh memang gitu, tak menang tangan dari pagi sampai malam. Dari hari raya pertama sampai la selagi ada raya kot.. Sebab mana-mana yang baru balik dari kampung mertua, akan datang berkunjung bila dorang dah balik kampung sendiri. Masyarakat yang masih mementingkan budaya kunjung-mengunjung, pendek kata. Stok makanan makanya jangan pernah putus, okay? Hehehe. 


Nantilah bila ada masa aku cerita pasal raya kedua dan ketiga pulak. Sebab raya lepas daripada tu dah tak pakai baju raya, so takde nak bergambo bagai dah. 

Jumpa lagi, bye. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan