Sembang-Sembang Kosong, Meh...

Assalamu'alaikum. Aku diserang mental block, tak tau nak update apa entah kat sini. Menung depan skrin, keluar semula tak tau amenda nak cerita. Gambar berlambak sebenarnya, boleh sangat naikkan kat sini untuk dijadikan modal, tapi akhirnya takde maknanya jugak.. tetap keluar tanpa sepatah kata. Hari ni sepatutnya Wordless Wednesday, ada pulak kata-kata keluar untuk update blog, jadi mari kita teruskan apa adanya, kawan-kawan. Walaupun sebenarnya takde cerita penting pun, takpe la daripada takde langsung, kan?


Korang jenis keluar rumah pakai mekap tak? Aku kalau tak mekap pun, tetap akan pakai toner dan pelembab kat muka sebelum keluar ke mana-mana, itu paling malas la kira. Kalau tak malas, akan sapu bedak dan pakai lipstick. Tapi kalau datang rajin, jenuh jugak mekap ala-ala full face, terutamanya bila ada majlis kenduri ataupun apa-apa majlis formal. Kalau datang extra rajin pulak, hari-hari aku buat full face, tinggal bahagian mata je kadang-kadang tak sentuh sebabnya mata aku ni jenis sensitif, letak celak ke maskara ke, memang terjun bersama air mata yang bercucuran gugur membasahi pipi, menghancurkan foundation segala. Satu lagi masalah mekap hari-hari ni, lepas solat zuhur dan asar di tempat kerja, malas dah nak buat elok semula macam waktu pagi. Lain cerita kalau tengah period, sembur je setting spray kat muka, mekap kekal helok sampai malam, boleh keluar berjimba lagi tak payah risau muka tak semenggah.


Gambar mula-mula kat atas tu, masa pergi ambik anak petang semalam, turun lepas solat asar kat ofis, memandangkan masuk waktu awal sekarang ni. Aku sapu bedak dan pakai lipstick je la lepas solat, takde nak buat prosedur dari awal macam dalam gambar kedua. Turun rumah elok lagi berseri-seri cukup syarat segala, dah hala ke petang mula la ke laut kan? Tinggal lagi, skincare yang aku guna sekarang ni sangat-sangat membantu dan sesuai betul dengan kulit, Maklom suka! 


Haaa... Olay  7 in 1 Total Effects "je" bukan yang mahal kebaboom segala pun. Lagi la aku suka... yeay!!! Selama ni aku pakai Bodyshop, of kos la bagus yang amat, tapi mahalnya tu yang tak kuasa mak! Ada sekali tu aku try beli night cream Olay sebab Bodyshop punya dah habis, muka start nak menggelupas takkan nak biarkan aje, kan? Pakai baru dua malam aku dah rasa perubahan yang ketara pada kulit muka, itu yang terjebak total pergi beli adik-beradiknya yang lain. Tak sebulan pun lagi rasanya tukar skincare, setakat ni semua yang indah dan manis aje tentang Olay 7 in 1 Total Effects yang keluar dari mulutku. Puji-pujian menggunung tinggi, mungkin sebab serasi dengan aku, terutamanya bab kulit muka jadi sekata. Orang lain belum tentu, tapi tak salah mencuba, kan? Lagipun harganya mampu milik, jauh naw2 berbeza dengan Bodyshop. 

Itu je la nak cerita, kan dah bagitau tadi tak penting, jangan marah, tau! Terima kasih sudi baca sampai habis, sayang korang ketat-ketat. Jumpa lagi nanti! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan